Lelaki ini kongsi tips berkesan bila tak cukup duit di Plaza Tol

Lelaki ini kongsi tips berkesan bila tak cukup duit di Plaza Tol

Lelaki ini kongsi tips berkesan bila tak cukup duit di Plaza Tol. Tips plaza Tol.

Saya selalu lalui perkara ini waktu zaman tengah keras dulu. Ada banyak ketika, saya lalu tol dalam keadaan saya dah takde duit langsung. Punyalah takde sehinggakan duit syiling pun kering.

Ada orang yang dah tahu benda ni dan ada orang tak tahu.

Oleh itu, jika korang lalu tol dan takde duit atau tertinggal duit dan sebagainya, jangan panik, jangan lari, jangan menangis rekod video post tiktok dan jangan langgar palang tu.

Lelaki ini kongsi tips berkesan bila tak cukup duit di Plaza Tol

Ini solusinya :

1. Pergi lorong yang ada jurutol.
2. Mohon maaf dan beritahu jujur bahawa kita takde duit.
3. Jurutol akan keluar untuk catatkan nombor pendaftaran kenderaan dan berikan satu slip hutang. Kemudian juru tol akan bayarkan dahulu lalu palang akan terbuka.
4. Nanti bila-bila dah ada duit (ikut tempoh bayar semula, yang tertulis dalam slip) guna semula highway itu, tunjukkan slip yang diberikan dan bayar hutang tol.

Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Yang penting jangan menggelupor. Apabila kita tenang, otak kita akan berfungsi dengan lebih baik.

Baca Lagi:
Rakyat Indonesia sudah boleh guna wang Rupiah di Malaysia
‘Sebab kes penceraian makin banyak, wanita ini ‘offer’ suami kahwin satu lagi risau terjadi perkara sama pada keluarganya’
Pemuda diisytihar muflis selepas buat pinjaman bank RM200k untuk ubah suai rumah mak ayah, tak sangka ini jawapan mak ayahnya buat ramai geram
CATEGORIES