Shuib jelaskan kenapa anak sulungnya tak pakai baju sedondon ketika majlis pertunangan dengan Watie

Shuib jelaskan kenapa anak sulungnya tak pakai baju sedondon ketika majlis pertunangan dengan Watie

Shuib jelaskan kenapa anak sulungnya tak pakai baju sedondon ketika majlis pertunangan dengan Watie. Penyampai radio dan usahawan, Shuib tampil menjelaskan alasan mengapa anak sulungnya, Uwais tidak memakai baju sedondon ketika majlis pertunangannya dengan wanita pilihan, Watie baru-baru ini.

Jelas Shuib, Uwais terpaksa memakai baju berona merah hati berbeza dengan adik beradik yang lain (warna neon) kerana baju yang sepatutnya disarung sudah tidak muat.

Shuib jelaskan kenapa anak sulungnya tak pakai baju sedondon ketika majlis pertunangan dengan Watie

“Ramai tanya kenapa Uwais pakai baju warna merah, sedangkan kami semua pakai baju hijau neon.
“Sebenarnya, baju hijau dia sudah tidak muat. Bila dia pakai sangkut di bahagian punggung.
“Berat badan dia naik, baru dua minggu raya,”jelas Shuib ketika sesi siaran langsung di aplikasi TikTok semalam.

Terdahulu, warna baju yang berbeza mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk kononnya Uwais tidak bersetuju dengan pertunangan tersebut.

Shuib sebelum itu memuat naik sebuah video memaparkan Uwais cuba menyarung baju Melayu berwarna hijau tersebut namun tidak boleh menyarung seluar kerana terlalu ketat.

Shuib, 38, selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan Watie, 35, dalam sebuah majlis tertutup pada 6 Mei lalu di Shah Alam.

Baca Lagi:
Jutawan India beri nasihat tak masuk akal, ‘jangan beli rumah tetapi sewa rumah’
‘Sebab kes penceraian makin banyak, wanita ini ‘offer’ suami kahwin satu lagi risau terjadi perkara sama pada keluarganya’
Cincin tunang Watie dan Shuib jadi perhatian ramai, ini harga cincin buat ramai terkejut
CATEGORIES