Rakyat Indonesia sudah boleh guna wang Rupiah di Malaysia

Rakyat Indonesia sudah boleh guna wang Rupiah di Malaysia

Rakyat Indonesia sudah boleh guna wang Rupiah di Malaysia. Sebelum ini, negara kita sudah boleh menerima pembayaran secara terus menggunakan kod QR daripada pengguna Singapura. Nampaknya kini Malaysia memperluaskan lagi ciri pembayaran merentas sempadan untuk pengguna Indonesia pula.

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia (BI) mengumumkan pelancaran komersial jalinan pembayaran kod QR rentas sempadan antara Indonesia dengan Malaysia.

BNM dalam satu kenyataan memaklumkan, pelancaran komersial jalinan ini menyaksikan penyertaan institusi kewangan peserta yang lebih banyak termasuk institusi kewangan bukan bank.

Rakyat Indonesia sudah boleh guna wang Rupiah di Malaysia

Pelancaran ini akan membolehkan lebih banyak rakyat Indonesia dan Malaysia membuat pembayaran runcit secara segera di kedua-dua negara dengan mengimbas kod QR Kod Standard Pembayaran Nasional (QRIS) atau DuitNow QR.

Kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama berkata, pelancaran komersial jalinan itu adalah susulan kejayaan fasa rintis jalinan yang diumumkan pada 27 Januari 2022.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata jalinan antara negara ASEAN kini semakin kukuh apabila lebih banyak pengguna dari Malaysia dan Indonesia akan mendapat manfaat daripada pengalaman yang selamat, lebih lancar dan cekap untuk membuat dan menerima pembayaran rentas sempadan.

Bahkan, pengenalan ini bakal mewujudkan potensi besar untuk merangsang kegiatan ekonomi antara kedua-dua negara negara termasuk perbelanjaan.

Menurut BNM, jalinan pembayaran QR ini akan mengeratkan lagi hubungan ekonomi antara Indonesia dengan Malaysia serta menyokong pemulihan ekonomi selepas pandemik yang lebih inklusif dan kukuh.

Jalinan pembayaran ini juga dijangka bukan sahaja memudahkan lagi para pelancong, bahkan memberikan manfaat kepada pelancongan dan sektor runcit kedua-dua negara.

Baca Lagi:
Jumpa wang dalam plastik sampah bernilai RM329,068, pekerja pembersihan bagi tempoh 3 bulan datang tuntut, akhirnya ini yang terjadi
‘Sebab kes penceraian makin banyak, wanita ini ‘offer’ suami kahwin satu lagi risau terjadi perkara sama pada keluarganya’
Pemuda diisytihar muflis selepas buat pinjaman bank RM200k untuk ubah suai rumah mak ayah, tak sangka ini jawapan mak ayahnya buat ramai geram
CATEGORIES