Lelaki Founder Misi Rakyat dedahkan ‘misi coin’ lebih bernilai daripada emas, ini komen netizen

Lelaki Founder Misi Rakyat dedahkan ‘misi coin’ lebih bernilai daripada emas, ini komen netizen

Lelaki Founder Misi Rakyat dedahkan ‘misi coin’ lebih bernilai daripada emas, ini komen netizen. Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila Founder Misi yang popular dengan teori serta kejayaan mengumpul sehingga RM9 juta bagi membiayai kos perubatan bayi Naail.

Terbaharu, Founder Misi sekali lagi mencetus kontroversi apabila mahu memperkenalkan Misi Farms dalam usaha untuk menghapuskan orang tengah sekaligus menjadikan harga barangan basah lebih rendah.

Melabelkan rakyat sebagai kartel terbesar, Founder Misi dikatakan memerlukan RM20 juta dalam membolehkan usaha ini dapat dijayakan.

Lelaki Founder Misi Rakyat dedahkan 'misi coin' lebih bernilai daripada emas, ini komen netizen

Lebih kontroversi, beliau turut memperkenalkan Misi Coin di mana beliau mendakwa matawang yang diperkenalkan ini lebih bernilai tinggi berbanding emas.

Komen serta dakwaan yang dibuat dengan melabelkan Misi Coin lebih bernilai daripada emas ini secara tidak langsung telah mendapat perhatian para netizen.

Seperti yang diketahui ramai, emas merupakan logam yang sangat bernilai tinggi sejak berabad lamanya serta bernilai untuk dijual dan beli seluruh dunia. Dakwaan yang dibuat telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen terhadap Founder Misi ini.

Sementara itu, terdapat juga penyokong Founder Misi yang yakin dengan kenyataan beliau di mana komen tersebut telah menerima ratusan likes.

Baca Lagi:
Rakyat Indonesia turun merusuh lepas baca buku komik artis Malaysia, ini isi kandungannya
Kisah gajah bernama Aduka bersaiz besar tinggi sebuah rumah di Gerik
Menteri buat kecoh di KLIA, cuba selamatkan pelawat dari China ditahan Imigresen
CATEGORIES