Menteri buat kecoh di KLIA, cuba selamatkan pelawat dari China ditahan Imigresen

Photo of author

By Joe

Menteri buat kecoh di KLIA, cuba selamatkan pelawat dari China ditahan Imigresen. Tular di media sosial seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Dalam kejadian petang semalam itu, menteri terbabit didakwa masuk ke dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan dan dipercayai bertindak sedemikian bagi ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang tidak dibenarkan memasuki negara ini sebaik tiba di lapangan terbang berkenaan.

Memetik laporan Bebas News, menteri berkenaan ke KLIA apabila mendapat tahu mengenai kejadian itu dan memasuki ke dalam dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan.

Menteri buat kecoh di KLIA, cuba selamatkan pelawat dari China ditahan Imigresen

Menurut Bebas News yang memetik sumber berkata, apabila tindakannya cuba dihalang, beliau menggunakan kuasa sebagai menteri termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen.

Sementara itu, pihak Jabatan Imigresen yang dihubungi BH memaklumkan satu kenyataan berkaitan insiden itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Difahamkan, ia adalah kali ketiga menteri itu melakukan tindakan demikian membabitkan pelawat yang ditahan daripada memasuki negara.

Baca Lagi:
Lain macam budak sekarang minta kerja, seperti sembang dengan kawan
Ini punca kenapa ramai tak lulus STR, boleh mohon balik ikut cara ini
Makan udang 16.2kg untuk 6 orang di Karak, terkejut kena bayar RM3,200