Anggota Rela digantung tugas sebab halang wanita pakai skirt masuk pejabat kerajaan

Anggota Rela digantung tugas sebab halang wanita pakai skirt masuk pejabat kerajaan

Anggota Rela digantung tugas sebab halang wanita pakai skirt masuk pejabat kerajaan. Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sudah menggantung tugas seorang anggota Jabatan Sukarelawan (Rela) selepas didakwa cuba menghalang pelawat daripada memasuki pejabat kerajaan di Pulau Pinang.

Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, tindakan yang diambil itu adalah di luar pengetahuan pengurusan dan anggota Rela itu bertindak bukan di bawah bidang kuasa kawalan keselamatannya.

Katanya, tiada sebarang arahan dikeluarkan oleh Perkeso kepada anggota berkenaan untuk menghalang wanita yang memakai skirt itu daripada memasuki pejabatnya.

Anggota Rela digantung tugas sebab halang wanita pakai skirt masuk pejabat kerajaan

“Perkeso memandang serius isu tindakan luar jangka yang dilakukan oleh pengawal keselamatan berkenaan. Kami ingin menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah di luar pengetahuan pihak pengurusan.
“Berikutan itu tindakan serta merta sudah diambil oleh pihak kami ke atas anggota Rela itu dengan meminta penjelasan dan arahan menggantung tugas sudah dikenakan berkuat kuasa semalam sehingga siasatan kes ini selesai,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, peguam, Ajit Singh Jessy mendakwa seorang pengawal keselamatan menghalang rakan sekerjanya, yang hanya ingin dikenali sebagai May daripada memasuki pejabat Perkeso.

Difahamkan, kehadiran May ke pejabat itu bagi mendaftar pembantu rumahnya dengan pertubuhan itu.

Ajit Singh dilaporkan berkata, sebaik tiba, mereka dihalang oleh pengawal di pintu masuk dengan alasan bahawa pakaian May adalah tidak sopan.

“Saya dan May tanya apa yang salah kerana skirtnya sehingga lutut. Dia kata peraturan harus sehingga paras kaki. Selepas berterusan mendesak untuk mengetahui apa yang tidak kena dengan skirt itu, dia jawab, ‘ini kali okay, lain kali tak boleh’,”katanya.

Baca Lagi:
Rakyat Indonesia turun merusuh lepas baca buku komik artis Malaysia, ini isi kandungannya
Menteri buat kecoh di KLIA, cuba selamatkan pelawat dari China ditahan Imigresen
Lain macam budak sekarang minta kerja, seperti sembang dengan kawan
CATEGORIES