Lelaki berputih mata wang RM69,329.29 bertukar jadi tisu

Lelaki berputih mata wang RM69,329.29 bertukar jadi tisu

Lelaki berputih mata wang RM69,329.29 bertukar jadi tisu. Seorang lelaki berusia 47 tahun terpaksa berputih mata selepas dilaporkan menjadi mangsa penipuan seorang bomoh.

Menurut laporan, mangsa telah mengalami kerugian sebanyak RM69,329.29.

Duit tersebut dilaporkan merupakan hasil gadaian tanah dan penjualan lembu miliknya.

Difahamkan, semua wangnya telah bertukar menjadi tisu selepas bomoh tersebut mendakwa mampu menggandakan wang kepada RM1205406.95.

Lelaki berputih mata wang RM69,329.29 bertukar jadi tisu

“Itu menurut mangsa yang meminjamnya. Ada juga penjualan lembu dan selebihnya tanah serta sawah tergadai kerana dijanjikan RM1205406.95,” kata Ketua Kampung Desa Libureng, Jumtu Alam Azis.

Jumtu turut menyatakan bahawa mangsa telah memberikan wang secara berperingkat setiap kali bomoh tersebut datang ke rumahnya. Wang mangsa sebanyak RP 230 juta (RM69,329.28) diberikan secara berperingkat.

“Sedikit demi sedikit diberikan, setiap kali bomoh datang ke rumah mangsa. Wang itu semua diserahkan kepada bomoh. Malah ada yang dihantar kepada pelaku dengan akaun orang lain,” jelasnya.

Tambah Jumtu, setiap kali mangsa memberikan wang di rumahnya, ia perlu disimpan dalam peti yang dibalut kain sarung dan kemudian dibawa masuk ke dalam bilik. Hanya bomoh yang boleh masuk ke dalam bilik dan membuka peti tersebut.

“Sejak penipuan itu terbongkar mangsa sentiasa bersendirian. Dia seperti trauma dengan kejadian yang menimpanya,” kata Jumtu.

Pihaknya turut merayu agar penduduk tidak mudah terpedaya dengan tarikan mendapatkan wang dengan cara singkat. Terutama mereka yang melanggar hukum agama.

“Atas kejadian ini, saya sebagai pemerintah Kampung Libureng menyeru agar penduduk lebih berhati-hati dengan segala bentuk penipuan. Lebih-lebih lagi jika ia dianggap di luar ajaran Islam,” sambung Jumtu.

Dilaporkan, polis telah menangkap bomoh palsu yang dikenali sebagai RT (48) atas kesalahan penipuan. RT menipu mangsanya dengan mengaku sebagai bomoh yang boleh menggandakan wang.

“Kami menerima laporan mangsa penipuan dengan cara menggandakan wang. Informasi yang diterima, mangsa terpikat agar wangnya digandakan hingga berbilion,” kata Ketua Polis Daerah Bone AKBP Ardyansyah kepada detikSulsel, Khamis (25/8).

Difahamkan, mangsa telah mengumpul wang untuk digandakan sehingga Rp 230 juta (RM69,329.28). Mangsa mula menyerahkan wang kepada bomoh berkenaan sejak Februari 2022 sehingga Ogos ini.

“Berasa tertipu dengan nilai Rp. 230 juta (RM69,329.28), mangsa akhirnya melaporkan kejadian ini kepada polis. Atas laporan itu, kami segera menahan pelaku. Kini bomoh tersebut telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Bone untuk menjalani siasatan lanjut,” menurutnya.

Baca Lagi:
Pakar bius kantoi rogol pesakit selepas bius dirakam cctv
Netizen persoal mana tauliah Anwar ceramah dalam masjid?, rupanya ini yang sebenarnya berlaku
Rezeki terpijak akak cleaner terjumpa syiling lama tahun 1930 bernilai RM177,200 sekeping
CATEGORIES