
Pakar bius kantoi rogol pesakit selepas bius dirakam cctv
Pakar bius kantoi rogol pesakit selepas bius dirakam cctv. Seorang pakar bius Brazil, Giovanni Quintella Bezerr dituduh merogol seorang wanita yang dibius di hospital negara itu baru- baru ini.
Dia yang berusia 32 tahun dituduh melakukan perbuatan tersebut semasa pembedahan cesarean sedang berlangsung.
Bezerr ditangkap di Rio de Janeiro pada 10 Julai lalu selepas jururawat-jururawat berasa curiga dengan tingkah lakunya semasa pembedahan sedang dilakukan.
Tangkapan itu dilakukan oleh jururawat-jururawat tersebut, setelah merakamkan perbuatan itu secara rahsia.
Polis berkata, tiga lagi wanita yang dirawat pada hari berbeza telah tampil menyatakan mereka menjadi mangsanya.
Bezerra hadir di mahkamah buat pertama kali pada Selasa yang mana hakim menjatuhkan hukuman ditahan sehingga kes itu disiasat.