Lelaki beli burger tengah malam, bila buka bungkusan terkejut ‘beruk’ dapat free gift benda ni

Lelaki beli burger tengah malam, bila buka bungkusan terkejut ‘beruk’ dapat free gift benda ni

Lelaki beli burger tengah malam, bila buka bungkusan terkejut ‘beruk’ dapat free gift benda ni. Makanan seperti burger jalanan selalunya menjadi pilihan ramai terutama pada waktu petang dan malam.

Bukan sahaja kerana harganya murah dan sedap, ia juga merupakan salah satu makanan yang mudah dibeli di mana-mana dan yang penting mengenyangkan.

Jika kita lapar pada waktu malam misalnya, burger jalanan pasti yang pertama akan terlintas dalam kepala kerana kebanyakan gerai akan dibuka sehingga lewat malam.

Lelaki beli burger tengah malam, bila buka bungkusan terkejut 'beruk' dapat free gift benda ni

Namun, ada kisah mencuit hati yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok mengenai burger jalanan yang dibeli dari sebuah gerai yang tidak dinyatakan lokasi.

Mana tidaknya, burger yang dibeli mempunyai ‘topping istimewa’ dan mungkin juga ia ‘hadiah’ yang diberikan penjual apabila pelanggan membuat pembelian.

Menerusi video dikongsikan, dapat didengar pelanggan membuka bungkusan tersebut sambil ketawa selepas mendapati terdapat satu stapler di atas roti ban burger yang dipesan.

“Beli burger dapat free gift. Itulah order malam-malam buta lagi.
“Kasihan brother (peniaga) tu lepas ni dia nak stapler pesanan pelanggan melalui GrabFood kena beli baharu,” tulisnya pada video tersebut.
@yunnyotnyotTOLONG CARI OWNER KEDAI😭😭

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan dibuat oleh pelayar berkenaan kejadian itu.

Kemungkinan besar peniaga tersebut tidak sengaja meletakkan stapler itu sewaktu membungkus burger yang dipesan pelanggan.

Dipercayai stapler tersebut digunakan untuk mengepil resit pembayaran pada plastik untuk rujukan penghantar makanan.

“Hati-hati ya kalau makan,” kata salah seorang rakannya di dalam video.

Video berkenaan mencuri tumpuan netizen apabila mendapat lebih 22,000 tanda suka dengan 500 lebih komen setelah disiarkan.

“Ni buatan orang ni bang. Mungkin bomoh intern.

“Kena pulangkan balik. Owner tu cari.

Lelaki beli burger tengah malam, bila buka bungkusan terkejut 'beruk' dapat free gift menda ni

“Diaorang dah tak main sup bunjut dah sekarang ni,” komen netizen pada video.

Mungkin juga peniaga tersebut tidak perasan yang dia meletakkan stapler itu bersama burger kerana waktu sudah lewat malam dan dia keletihan.

Baca Lagi:
Cerai selepas suami pulih dari koma, Siti Rohayu kini sah bergelar isteri orang
‘Orang bukan dalam industri tak tahu’– Ramai terkejut Fasha Sandha dedah sesuatu pasal Azhan Rani
“Terpaling lesen besar”, tayang jaket polis parkir berlapis undang kemarahan orang awam
CATEGORIES