Pesanan Che Ta buat kaum wanita ramai rasa nak berubah mulai sekarang

Pesanan Che Ta buat kaum wanita ramai rasa nak berubah mulai sekarang

Pesanan Che Ta buat kaum wanita ramai rasa nak berubah mulai sekarang. Pelakon Rozita Che Wan menitipkan pesanan buat wanita diluar sana untuk bekerja serta mencari pendapatan sendiri supaya masa depan lebih terjamin.

Memetik Utusan Online, Che Ta berkata wanita perlu lebih bersedia jika berlaku sesuatu dalam rumah tangga serta bertindak angkat kaki jika suami kaki pukul.

“Ini termasuklah bila wanita itu terjebak dengan situasi keganasan rumah tangga dan mempunyai suami jenis kaki pukul. Orang perempuan jangan jadi bodoh. Sekali lelaki naik tangan, kita angkat kaki keluar dari situasi toksik begitu.
“Buat laporan polis dan pemeriksaan di hospital, itu antaranya. Tetapi, paling penting, apa pun yang terjadi, orang perempuan kena ada kerja, cari duit sendiri dan jangan bergantung harap pada lelaki,”katanya.

Pesanan Che Ta buat kaum wanita ramai rasa nak berubah mulai sekarang

Dalam pada itu, Che Ta tidak bersetuju jika wanita memaafkan serta memberi peluang kedua buat lelaki yang melakukan kekasaran.

“Tak usahlah percaya jika dia pujuk cakap minta maaf dan tidak akan buat lagi. Itu semua bohong. Kena ingat, awak kahwin dengan orang sama, bila dia dah berlaku kasar, dia tidak akan berubah.

“Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan bagi peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah,” katanya.

Baca Lagi:
Cerai selepas suami pulih dari koma, Siti Rohayu kini sah bergelar isteri orang
Khabar angin Erra Fazira dah menikah dengan lelaki bertaraf jutawan
‘Orang bukan dalam industri tak tahu’– Ramai terkejut Fasha Sandha dedah sesuatu pasal Azhan Rani
CATEGORIES