Legenda rock ‘n’ roll meninggal dunia

Legenda rock ‘n’ roll meninggal dunia

Legenda rock ‘n’ roll meninggal dunia. Penyanyi terkenal, Jerry Lee Lewis yang popular dengan lagu Great Balls of Fire menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.

Lewis meninggal dunia di kediamannya di Desoto County, Mississsippi di samping isteri ketujuhnya, Judith.

Berita kematian Lewis disahkan oleh ejennya selepas pengumuman palsu kematian mendiang yang dilaporkan dalam laman web gosip, TMZ sebelum ini.

Mendiang pernah menempa nama semasa zaman kegemilangan rock ‘n’ roll, selain kisah hidupnya dicemari dengan pelbagai skandal dan keganasan.

Legenda rock ‘n’ roll meninggal dunia

Kerjayanya terhenti seketika semasa berusia 22 tahun dan pernah berkahwin dengan sepupunya sendiri, Myra Gale Brown yang berusia 13 tahun ketika itu.

Ejennya menyifatkan Lewis sebagai ‘ikon terakhir yang hebat dalam kelahiran muzik rock ‘n’ roll’.

Dilahirkan pada 1935 di Ferriday, Louisiana, Lewis kemudian berpindah ke Memphis, Tennessee dan mendapat pekerjaan sebagai pemuzik studio untuk Sun Studios.

Lewis membuat penampilan sulung ketika berusia 14 tahun. Zaman kanak-kanaknya dikelilingi dengan muzik blues sehingga dia dilaporkan pernah menyelinap ke kelab malam Ferriday yang menampilkan pemuzik blues terbaik era itu.

Lewis pernah dipenjarakan di Memphis, Tennessee pada 1976 selepas didapati bersalah mengacukan pistol kerana mahu melihat Elvis Presley di luar rumah agam di Graceland.

Baca Lagi:
Lelaki ini tayang slip gaji sebagai pemandu lori buat ramai orang terkejut!
3 sebab utama peti sejuk perlu diletakkan sedikit jauh daripada dinding
Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah buat kejutan, muncul juara Terbuka Perancis tumbang bekas juara dunia
CATEGORIES