‘Langkah mayat saya dulu’, Tok Mat ‘bertegang urat’ dalam mesyuarat jemaah Menteri

‘Langkah mayat saya dulu’, Tok Mat ‘bertegang urat’ dalam mesyuarat jemaah Menteri

‘Langkah mayat saya dulu’, Tok Mat ‘bertegang urat’ dalam mesyuarat jemaah Menteri. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan ada pihak yang menggunakan ‘kabel’ dalam kalangan pemimpin tertinggi negara untuk membeli syarikat Pharmaniaga Bhd pada harga murah.

Oleh yang demikian, beliau mengambil langkah dengan tidak membenarkan urusan itu berlaku sambil menegaskan jika ada masih berdegil mahukan syarikat berkenaan, mesti ‘langkah mayatnya’ terlebih dahulu.

Mendedahkan perbincangan dalam mesyuarat bersamaa Jemaah Menteri mengenai hal itu, beliau terpaksa ‘bertegang urat’ bagi mempertahankan syarikat berkenaan.

'Langkah mayat saya dulu', Tok Mat 'bertegang urat' dalam mesyuarat jemaah Menteri

“Mindef (Kementerian Pertahanan) bagi berbilion-bilion (ringgit) untuk jalankan perniagaan, uruslah dengan elok-elok.
“Bagaimana saya bertengkar dengan Kabinet… hampir-hampir saja Pharmaniaga hilang konsesinya. You (anda) tanya (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)) Datuk (Ahmad) Nazim (Abdul Rahman) dan tanya MOF (Kementerian Kewangan).
“Bukan senang. Sampai ada orang buat bidaan melalui pemimpin tertinggi nak beli syarikat kita. Nak beli murah-murah. Macam-macam.
“Jadi saya cakap tidak. Langkah mayat saya dulu. Biar saya uruskannya. Biar kita sama-sama uruskan syarikat kita dan saya sangat pasti kita boleh bangunkan sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan Pelan Strategik LTAT 2023-2025 (Mampan 25) di sini, hari ini.

Pharmaniaga Bhd sebelum ini pernah mencatatkan kerugian bersih RM607.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding keuntungan bersih RM172.15 juta pada tahun sebelumnya, dengan peruntukan RM552 juta untuk stok vaksin Covid-19 yang bergerak perlahan.

Situasi itu mendorong syarikat bermasalah kewangan itu berada di bawah kategori PN17 atau syarikat bermasalah kewangan.

Perolehan syarikat itu merosot 27.1 peratus kepada RM3.51 bilion daripada RM4.82 bilion berikutan terdapat permintaan yang lebih rendah daripada kerajaan untuk membeli vaksin Covid-19.

Pada 14 Mac lalu, Pharmaniaga Bhd mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zulkarnain Md Eusope, melepaskan jawatannya.

Baca Lagi:
Perodua bakal perkenal kereta elektrik pertama dikenali sebagai MyEV, ini reka bentuknya
Rumah banglo mewah didakwa milik Sanusi Menteri Besar Kedah, rupanya ini pemilik sebenar
Market tak jatuh di luar negara, Perodua Myvi 2018 terpakai di Jepun dijual harga RM53K
CATEGORIES