Market tak jatuh di luar negara, Perodua Myvi 2018 terpakai di Jepun dijual harga RM53K

Photo of author

By Joe

Market tak jatuh di luar negara, Perodua Myvi 2018 terpakai di Jepun dijual harga RM53K. Perodua memang ada menjual model-model keluarannya ke pasaran eksport, namun jenama automotif dari Rawang berkenaan tidak pernah secara rasmi masuk ke pasaran Jepun. Namun ini ada satu perkara yang agak menghairankan – satu laman web kereta terpakai di Jepun telah mengiklankan dua buah Perodua Myvi generasi ketiga untuk dijual!

Myvi berkenaan dijual oleh laman Carsensor.net pada harga 1,600,000 yen atau sekitar RM53k untuk unit yang berwarna Glittering Silver , manakala unit yang berwarna Lava Red pula dijual pada harga RM1,700,000 yen atau sekitar RM56k.

Kedua-dua unit berkenaan kini berada di Osaka dan laman itu turut memberitahu bahawa ia adalah model 2018. Unit yang berwarna perak kini mencatatkan perbatuan 14,200 km manakala unit berwarna merah pula mencatatkan perjalanan lebih sedikit iaitu hanya 6,222 km.

Market tak jatuh di luar negara, Perodua Myvi 2018 terpakai di Jepun dijual harga RM53K

Berdasarkan tahun, rim 15 inci, bampar, papan meter dan juga emblem yang dipadankan, ini adalah Myvi pre-facelift dalam varian tertinggi AV. Sebagai rujukan, model ini dijual pada harga RM55,300 ketika ia dilancarkan di Malaysia pada 2018.

Oleh itu, kedua-dua unit ini dijana oleh enjin 2NR-VE 1.5 liter berkuasa 102 hp dan tork maksima 136 Nm, digandingkan dengan kotak gear 4AT dan bukan D-CVT seperti model terkini di Malaysia.

Pada bahagian luaran ia masih lagi nampak standard. Namun pada bahagian kabin ada beberapa ubahsuai dibuat bagi memudahkan kegunaan harian di Jepun seperti skrin infotainmen yang lengkap sistem navigasi Jepun dan juga pemadanan sistem kutipan tol elektronik Jepun (ETC).

Market tak jatuh di luar negara, Perodua Myvi 2018 terpakai di Jepun dijual harga RM53K

Market tak jatuh di luar negara, Perodua Myvi 2018 terpakai di Jepun dijual harga RM53K

Berbanding dua model generasi awalan Myvi yang diasaskan dari model Daihatsu Boon/Toyota Passo di Jepun, model generasi ketiga ini adalah dibangunkan sendiri oleh Perodua di Malaysia. Ia menggunakan platform Myvi generasi kedua yang diubahsuai, manakala rekaan badan atas adalah sepenuhnya dihasilkan oleh Perodua.

Myvi generasi ketiga ini juga direbadge sebagai Daihatsu Sirion khas untuk pasaran Indonesia, tetapi ia masih diproduksi oleh Perodua di Rawang dan kemudian dieksport ke Indonesia.

Sebelum ini memang ada tular dua buah Myvi generasi ketiga – satu berwarna merah dan satu lagi berwarna perak – dijumpai di Jepun, dipercayai milik sekutu Perodua di sana iaitu Daihatsu Motor Co. (DMC). Mungkin kedua-dua buah Myvi ini adalah unit sama yang tular berkenaan?

Malah ada juga sebuah lagi Myvi generasi kedua dalam varian 1.5 Extreme berada di Jepun – ia milik seorang rakyat Jepun yang membeli kereta tersebut di Malaysia dan di bawa ke sana, kemudian diubahsuai oleh Fujita Engineering (FEED) yang terkenal menala model-model prestasi Mazda dengan disuap pengecas turbo.

Baca Lagi:
Lelaki Bangladesh maut sembunyi dalam mesin pengisar ketika serbuan Jabatan Imigresen Malaysia
Mike Tyson tawar RM40 juta kepada sesiapa sanggup jadi calon suami anaknya
Ini rupa kereta Axia baharu jika digabungkan dengan Bezza jadi sedan, nampak lebih menarik