Rumah banglo mewah didakwa milik Sanusi Menteri Besar Kedah, rupanya ini pemilik sebenar

Rumah banglo mewah didakwa milik Sanusi Menteri Besar Kedah, rupanya ini pemilik sebenar

Rumah banglo mewah didakwa milik Sanusi Menteri Besar Kedah, rupanya ini pemilik sebenar. Gambar rumah banglo di Sik yang tular di media sosial hari ini, adalah milik abang kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dikenali sebagai ‘Budin’.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim berkata, Budin bekerja sebagai penyelam dasar laut, bukan orang politik malah tiada kena mengena dengan politik atau pilihan raya.

Rumah banglo mewah didakwa milik Sanusi Menteri Besar Kedah, rupanya ini pemilik sebenar

“Rumah itu bukan milik beliau (Menteri Besar), tidak ada wang Muhammad Sanusi diguna untuk bina rumah itu walau satu sen. Ia milik orang lain yang dibina hasil titik peluhnya sendiri setelah bekerja keras selama puluhan tahun.
“Selama ini, pemilik rumah itu kumpul wang bekerja sebagai penyelam di dasar laut, terpaksa tinggalkan isteri dan anak-anak hingga tiga atau empat bulan sekali baru boleh balik ke rumah.
“Bukan sekali dua, tetapi banyak kali ketika isterinya bertarung nyawa melahirkan anak, si suami pula sedang bertarung dengan yu dan jerung di dasar laut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhamad berkata, gambar banglo yang lengkap dengan imej Google Map itu ditularkan pemfitnah yang bekerja keras menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Dakwanya, ia untuk mempengaruhi orang ramai supaya percaya Muhammad Sanusi hidup kaya raya hingga mampu membina rumah seperti itu.

“Mereka suami isteri, termasuk anak-anak telah banyak berkorban selama ini. Amat menyedihkan tatkala sampai masa untuk mereka mengecap sedikit kegembiraan dapat masuk rumah baru, ada pula orang yang dengki dan sakit hati hingga tergamak menjaja fitnah, konon rumah itu bukan milik mereka. Apa salah mereka kepada kalian?

“Kumpul duit setelah berpuluh tahun kerja mempertaruhkan nyawa dalam keadaan begitu bahaya untuk memberikan sedikit kegembiraan kepada ahli keluarga, adakah salah?” katanya.

Muhamad turut mempersoalkan mengapa Budin dijadikan mangsa, seolah-olah rumah itu dibina dengan duit haram.

“Adakah salah juga dia ada pertalian darah dengan Sanusi? Adakah kerana pemilik rumah itu abang kepada Menteri Besar, dia hilang hak untuk bina rumah besar walaupun ada duit dan mampu untuk bina rumah seperti itu?” katanya.

Muhamad berkata, penduduk Sik kebanyakannya tahu itu rumah Budin, bukannya rumah Muhammad Sanusi.

Menurutnya, Muhammad Sanusi sendiri mengagumi kesungguhan dan kecekalan abangnya untuk meningkatkan taraf hidup, berkorban dan memberi kesenangan kepada keluarga.

Justeru beliau berharap orang ramai berhenti menularkan perkara itu yang hanya membawa dosa.

Baca Lagi:
Baru 1 minggu sampai Malaysia, kereta GR Yaris Kansai ‘total lost’, ini penjelasan Pekin Ibrahim
Ketua Peneroka Kebangsaan Felda dedah perkara sebenar isu hutang Felda yang ramai tak tahu
Lelaki Bangladesh maut sembunyi dalam mesin pengisar ketika serbuan Jabatan Imigresen Malaysia
CATEGORIES