KP Imigresen Khairul Dzaimee sah ditukar, kini diganti Ruslin Jusoh

KP Imigresen Khairul Dzaimee sah ditukar, kini diganti Ruslin Jusoh

KP Imigresen Khairul Dzaimee sah ditukar, kini diganti Ruslin Jusoh. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud sah ditukarkan ke sebuah bahagian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa hari ini.

Ia selepas jabatan itu mengadakan majlis Paluan Berundur Ketua Pengarah Imigresen Malaysia di ibu pejabat jabatan itu, dekat sini jam 5 petang pada Rabu.
Difahamkan beliau akan melaporkan diri ke bahagian itu pada Isnin depan.

KP Imigresen Khairul Dzaimee sah ditukar, kini diganti Ruslin Jusoh

Jawatan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) kini disandang oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh.

Kedudukan Khairul Dzaimee menjadi tanda tanya selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memperkenalkan Ruslin sebagai Ketua Pengarah Imigresen dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri pada pagi tadi.

Baca Lagi:
Duit kertas Ringgit Malaysia bakal bertukar wajah ceria dan berwarna-warni?
Wang kertas RM50 dijual harga RM708,000 sekeping, ini kelebihan yang ada sampai boleh dijual harga tinggi
Bank Negara keluarkan duit kertas RM60 dan RM600 pula
CATEGORIES