Bank Negara keluarkan duit kertas RM60 dan RM600 pula

Bank Negara keluarkan duit kertas RM60 dan RM600 pula

Bank Negara keluarkan duit kertas RM60 dan RM600 pula. Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan wang kertas Rm60 ini..

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Ia adalah sebagai tanda penghormatan terhadap sumbangan Majlis (kemudiannya dikenali sebagai Persidangan) Raja-Raja yang merintis jalan ke arah merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Bank Negara keluarkan duit kertas RM60 dan RM600 pula

Perjanjian bertarikh 5 Ogos 1957 yang mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani antara pihak Majiis Raja-Raja yang terdiri daripada Raja-Raja Melayu dari Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang,Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu dengan Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, yang mewakili Queen Elizabeth ii.

Perjanjian ini menjadi bukti perlembagaan yang bersejarah bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Wang kertas peringatan ini dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia..Pada Disember 2017.

Wang kertas peringatan ini dikeluarkan dalam tiga jenis iaitu wang kertas sekeping RM600, wang kertas bercantum tiga dalam satu RM60 dan wang kertas sekeping RM60.

Bagi wang kertas sekeping RM600,Ia hanya dicetak sebanyak 6,000 keping sahaja.Bagi wang kertas bercantum tiga dalam satu,Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak dan Bagi wang kertas sekeping RM60,hanya 60,000 keping sahaja dicetak.

Wang Rm60 ini sah diperlakukan..

(Simpanan peribadi)

Baca Lagi:
Kenapa telur penyu orang makan, tapi penyu orang tak makan?, Ini pencerahan yang ramai tak tahu
Misteri 22 tahun kehilangan Hizairi, bapa pergi Makkah doa kepulangan sampai menutup mata, Hizairi masih tak ditemui
Sikap jiran berbangsa Cina yang buat saya terkejut..
CATEGORIES