“Kita dah semakin hampir”- Arab Saudi temui lombong emas sepanjang 100km di kawasan Mekah

“Kita dah semakin hampir”- Arab Saudi temui lombong emas sepanjang 100km di kawasan Mekah

“Kita dah semakin hampir”- Arab Saudi temui lombong emas sepanjang 100km di kawasan Mekah. Arab Saudi mengumumkan penemuan emas di kawasan sepanjang 100 kilometer ke selatan lombong Mansourah Massarah, kawasan pentadbiran Al Khurmah di wilayah Mekah, lapor portal berita Saudi Gazette semalam.

Syarikat Perlombongan Arab Saudi atau lebih dikenali sebagai Maaden berkata, pihaknya menemui berbilang kawasan yang kaya dengan emas, menunjukkan potensi untuk mengembangkan perlombongan logam berharga itu di Al Khurmah.

Gergasi perlombongan itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia adalah penemuan pertama di bawah program penerokaan meluas yang dilancarkan pada 2022.

"Kita dah semakin hampir"- Arab Saudi temui lombong emas sepanjang 100km di kawasan Mekah

Ketua Pegawai Eksekutif Maaden, Robert Wilt berkata, penemuan itu berpotensi untuk menjadi pusat penemuan emas dunia dan merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan syarikat tersebut.

“Penemuan ini menjadi bukti potensi sumber mineral yang belum diterokai di Arab Saudi dan menjadikan perlombongan sebagai tonggak ketiga ekonomi Saudi,” katanya.

Sebanyak 67 peratus saham Maaden dimiliki oleh Public Investment Fund (PIF), dana kekayaan kerajaan dan merupakan syarikat perlombongan terbesar di rantau Teluk.

Mansourah Massarah adalah lombong emas terbaharu, terbesar dan paling maju dari segi teknologi di Arab Saudi.

Baca Lagi:
Tukang sapu jumpa duit berkepuk dalam plastik, siap tolak ganjaran gaji setahun
Boleh ambil iktibar dari kisah isteri Alif Teega, Isteri boleh tuntut harta sepencarian jika berdepan 3 situasi ini dalam rumah tangga
Selepas kecoh video pengacara WHI siang ikan, Baby Shima tunjuk cara sebenar siang ikan buat ramai terkejut
CATEGORIES