Keras kepala! Kereta Civic melekat dalam simen basah, pekerja kontrak buat tak tahu je

Keras kepala! Kereta Civic melekat dalam simen basah, pekerja kontrak buat tak tahu je

Keras kepala! Kereta Civic melekat dalam simen basah, pekerja kontrak buat tak tahu je. Terlampau marah dan penat hingga langsung hilang daya untuk menunjukkan sebarang reaksi.

Mungkin itulah gambaran tepat menggambarkan perasaan dialami oleh beberapa pekerja kontrak di China apabila sebuah kenderaan secara tiba-tiba terbabas sehingga merosakkan kerja menyimen sedang dilakukan pada sebuah jalan.

Insiden itu tular menerusi satu video yang dikongsikan akaun Instagram, terang_com pada Ahad.

Keras kepala! Kereta Civic melekat dalam simen basah, pekerja kontrak buat tak tahu je

Berdasarkan klip tersebut, sebuah kereta jenis Honda Civic dilihat terbabas dan terlanggar kerja menyimen yang sedang dilakukan untuk pembinaan pembahagi jalan.

Menerusi video itu, kedua-dua tayar kenderaan terbabit dilihat tersekat dan tenggelam di dalam simen yang masih kering sepenuhnya dengan pemandunya didapati masih berada di bahagian tempat duduk pemandu.

Namun, lebih agak melucukan, kedua-dua pekerja di kawasan binaan tersebut seakan-akan langsung tidak mempedulikan insiden berkenaan apabila terus melakukan kerja meratakan simen di kawasan berdekatan kenderaan itu.

Malah, mereka juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk membantu pemilik kenderaan terbabit untuk mengeluarkan keretanya dari tempat kejadian.

View this post on Instagram

A post shared by TERANG MEDIA (@terang_media)

Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata warganet secara berseloroh memberikan pelbagai teori bagi menjelaskan mengenai sikap dipamerkan pekerja terbabit.

“Pekerja kena kekal profesional ketika menjalankan tugas,” tulis thonykwim.
“Kalau pekerja pergi tolong, takut kerja lambat siap. Nanti kena pecat dengan ketua,” ujar rudech.
“Mungkin pekerja tu fikir yang mereka bukan dibayar untuk selamatkan pemandu itu,” kata bellawiisya.

Hantaran tular berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan tarikh dan lokasi sebenar kejadian yang dipercayai berlaku di China.

Baca Lagi:
Wanita maut selepas makan sardin, lima lagi kritikal
Nasib Syed Saddiq akan diketahui 9 November nanti
Rupanya ini punca kenapa serangan strok dan jantung sering berlaku dalam bilik air
CATEGORIES