Kecoh konsert dibuat depan Masjid Zahir Kedah

Kecoh konsert dibuat depan Masjid Zahir Kedah

Kecoh konsert dibuat depan Masjid Zahir Kedah. Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai Seni berhadapan dengan Masjid Zahir di sini, semalam.

Menurut Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad, MBAS melahirkan rasa kesal dengan tindakan penganjur terlibat yang disifatkan melanggar peraturan selain menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat negeri ini.

“Memang konsert atau gig tersebut dibuat tanpa kebenaran. Saya dimaklumkan pihak penganjur hanya mendapat lesen untuk mengadakan busking sahaja iaitu dua lesen yang kita bagi.

“Selain busking kita hanya membenarkan jualan termasuk trak makanan dan permainan kanak-kanak sahaja. Kita tengok macam konsert dah dan memang tak ada kebenaran,” katanya di sini hari ini.

Kecoh konsert dibuat depan Masjid Zahir Kedah

Tambah beliau, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut termasuk memanggil penganjur berkenaan untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Tular di media sosial hari ini rakaman video persembahan kumpulan muzik di pentas yang disaksikan ratusan penonton terdiri daripada anak muda dengan pelbagai aksi di Balai Seni di sini.

Aksi menari terkinja-kinja pengunjung terutamanya anak muda yang hadir ke situ turut tular melalui beberapa video di media sosial sejak semalam.

Acara berkenaan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai memandangkan ia diadakan tidak jauh daripada Masjid Zahir di situ.

@mohdhanif841 harap kerajaan Kedah jawab la isu ni #tolakBNPN ♬ original sound – @mohdhanif841

Baca Lagi:
Sakinah bergambar dengan lukisan kek cawan, lain pula netizen perasan…
Jambatan runtuh, 3 dilapor maut
Dalam beberapa tempoh akan datang, hampir 600 cawangan bank di Malaysia dijangka tutup
CATEGORIES