Isteri guru campak hadiah hari guru yang bernilai RM2

Photo of author

By Joe

Isteri guru campak hadiah hari guru yang bernilai RM2. Banyak ibu bapa merasa terkilan dengan kenyataan seorang wanita yang mendakwa dia adalah isteri kepada seorang guru.

Memberikan hadiah kepada guru pada Hari Guru telah menjadi amalan yang popular di Malaysia. Bahkan ada yang sanggup membelikan guru kesayangan mereka set barang kemas dari Habib Jewels.

Mahal atau tidak, yang penting murid itu dapat menyatakan penghargaan kepada guru mereka. Walaubagaimanapun, ada isteri guru yang tidak selesa dengan hadiah murahan. Menurutnya, lebih baik berikan dia hadiah barang makanan.

Isteri guru campak hadiah hari guru yang bernilai RM2

Isteri guru tersebut menegaskan bahawa dia akan membuang sahaja hadiah Hari Guru yang bernilai RM2 atau bingkai yang diterima suaminya.

Wanita itu menulis: “Saya isteri guru, suka dapat benda-benda makanan macam ni. Saya boleh masak. Cikgu lelaki kalau dapat hadiah daripada murid bukan kisah sangat pun.

“Mereka akan bawa balik longgok kat rumah, kita yang isteri ni yang pening melihatnya. Dapat frame atau barang-barang RM2 saya buang sahaja. Pening kalah tengok banyak sangat,
“Dapat jam dining kedai RM2 ada lah juga gunanya.
“Dapat bunga kantan, lada cili bungkus plastik pasar pun ok. Saya suka.”

Isteri guru campak hadiah hari guru yang bernilai RM2

Netizen agak kecewa dengan kenyataan tersebut. Menurut mereka, ada usaha yang dibuat oleh murid dan ibu bapa untuk mencari hadiah, dan kemudian ada yang membungkus sendiri hadiah itu.

Ada yang membalas: “Maaf, yang memberi dengan amat berbesar hati untuk memberikan yang cantik di mata mereka, sudah sehabis ikhlas. Tetapi apabila yang menerima pula boleh berkata-kata dalam hati ‘semak’. Boleh cuba nilai semula di mana letaknya keikhlasan.”

Isteri guru campak hadiah hari guru yang bernilai RM2

Netizen yang lain pula cuba membayangkan perasaan murid yang sudah memberikan hadiah kepada guru tersebut. Sambil berpendapat, ada sesetengah perkara yang tidak perlu untuk dikomen di media sosial.

Illa Suhyela pula mencadangkan agar budaya memberikan guru hadiah pada Hari Huru ini boleh dimansuhkan. Ini kerana usaha dan kudrat ibu bapa dan murid seolah olah tidak dihargai. Cukuplah selepas ini, hanya dengan jamuan dan bersalaman.

Isteri guru campak hadiah hari guru yang bernilai RM2

Walaupun ada isteri guru yang cakap dia semak dengan hadiah RM2, namun ada juga yang menyatakan mereka sangat menghargai dan sangat suka mengumpul hadiah yang suami mereka terima.

Isteri guru campak hadiah hari guru yang bernilai RM2

Baca Lagi:
Jadi tanda tanya kenapa bendera Malaysia dicat terbalik pada pesawat
Ejen hartanah jual rumah dekat Nilai tapi ‘claim’ dekat dengan KLCC dikecam orang ramai
Jangan cepat kesian dekat kedai yang tak ramai orang datang, ada sebab kenapa kedai tak ramai