‘Kasih sayang lebih bernilai dari segalanya’,- Wanita menangis bapa hanya mampu hadiahkan sebungkus roti coklat sempena ulang tahun kelahirannya

Photo of author

By Joe

‘Kasih sayang lebih bernilai dari segalanya’,- Wanita menangis bapa hanya mampu hadiahkan sebungkus roti coklat sempena ulang tahun kelahirannya. Mungkin dengan pertanyaan tersebut dapat melegakan beban di dalam hati mereka. Kalau kita lihat, mungkin kita beranggapan bahawa beliau adalah insan yang kuat, tidak pernah putus asa dan tidak kenal erti penat.

Tapi mereka adalah insan yang sentiasa memerlukan kata-kata semangat untuk mereka sentiasa semangat untuk anak-anak. Lagi menyedihkan video ini, seorang bapa memberikan sebungkus roti coklat kepada anaknya sebagai hadiah ulang tahun kerana kekurangan wang.

Video ini dikongsikan oleh anak perempuannya syashawtyy di laman media sosial TikToknya. Beliau berasal daripada negara seberang, Indonesia dan memuatnaik video itu sambil menunjukkan wajah beliau menangis.

'Kasih sayang lebih bernilai dari segalanya',- Wanita menangis bapa hanya mampu hadiahkan sebungkus roti coklat sempena ulang tahun kelahirannya

Beliau menangis kerana bapanya masih ingat dan mencuba untuk memberi hadiah kepadanya walaupun beliau tahu tiada duit untuk membeli. Beliau amat sedih kerana walaupun sebungkus roti, beliau tetap rasa serba salah kerana sebab itu.

Bapanya meletakkan satu keping nota di atas roti coklat tersebut.

“Selamat Ulang Tahun! Bapak cuma cukup belikan ini. Dimakan dik, kalau ada rezeki bapak belikan yang mahal ya. Bapak pulang malam nanti, jaga adik!”, itulah yang ditulis oleh bapa beliau di atas sekeping kertas itu.

Apakah reaksi anda jika bapa anda lakukan ini?

'Kasih sayang lebih bernilai dari segalanya',- Wanita menangis bapa hanya mampu hadiahkan sebungkus roti coklat sempena ulang tahun kelahirannya

Sederhana Tapi Mahal

Meninjau di ruangan komen, ramai yang berkata bahawa beliau mendapat bapa yang sangat prihatin dan penyayang kepadanya. Tak ramai dapat merasai apa yang beliau rasai kerana ada bapa yang tidak peduli akan anak-anak mereka.

“Ini adalah sangat mahal kerana tak semua anak dapat benda ini.”, komen netizen bernama mel mengatakan bahawa benda ini sangat besar kerana ada yang tak dapat rasai.

'Kasih sayang lebih bernilai dari segalanya',- Wanita menangis bapa hanya mampu hadiahkan sebungkus roti coklat sempena ulang tahun kelahirannya

'Kasih sayang lebih bernilai dari segalanya',- Wanita menangis bapa hanya mampu hadiahkan sebungkus roti coklat sempena ulang tahun kelahirannya

'Kasih sayang lebih bernilai dari segalanya',- Wanita menangis bapa hanya mampu hadiahkan sebungkus roti coklat sempena ulang tahun kelahirannya

'Kasih sayang lebih bernilai dari segalanya',- Wanita menangis bapa hanya mampu hadiahkan sebungkus roti coklat sempena ulang tahun kelahirannya

Kebanyakan komen adalah daripada netizen Indonesia tapi masih boleh difahami oleh kita rakyat Malaysia. Semoga kita sentiasa menghargai orang tua kita, tak kira di mana sahaja. Letakkan mereka sebagai penanda aras kita sentiasa berjaya.

Baca Juga ; 

Sebab kenyataan ini, harga emas dan perak menjunam

Sajat komen pasal konsert Blackpink dibuat di Malaysia, netizen ternganga dengar siap puji bijak hal ekonomi

Khas untuk yang ‘first time’ nak isytihar ‘income tax’, boleh ikut cara ini ‘step by step’