Kapal sarat muatan petrol terbakar, dua lelaki melecur

Kapal sarat muatan petrol terbakar, dua lelaki melecur

Kapal sarat muatan petrol terbakar, dua lelaki melecur.

Dua lelaki melecur sebahagian anggota badan dalam kejadian kebakaran sebuah kapal berhampiran jeti daerah kecil Paitan, Beluran semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, kapal dinaiki mangsa yang sarat dengan muatan petrol terbakar sepenuhnya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu, sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 173 kilometer daripada BBP Beluran.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati dua mangsa lelaki mengalami kecederaan akibat melecur anggota badan.

“Mangsa dikenali sebagai Mohd. Jefri Kaung, 39, dan Taufik Jamin, 19. Mangsa berusia 39 tahun itu melecur kira-kira 60 peratus anggota badan manakala Taufik hanya melecur kira-kira lapan peratus.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pitas oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Operasi pemadaman kebakaran terkawal kira-kira pukul 9.15 malam dan tamat sepenuhnya dua minit kemudian.

Baca Lagi:

[VIDEO] Penumpang panik, pesawat terbakar selepas mendarat cemas

Kereta terbakar di Genting Highland mengundur menuruni bukit cetus orang ramai panik, nasib baik ada Vellfire

[VIDEO] Pesawat India bersama 185 penumpang mendarat cemas, enjin terbakar

CATEGORIES