[VIDEO] Penumpang panik, pesawat terbakar selepas mendarat cemas
[VIDEO] Penumpang panik, pesawat terbakar selepas mendarat cemas.
Sebuah pesawat penumpang di Amerika Syarikat (AS) terbakar selepas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, semalam, lapor akhbar The Sun.
Tiga mangsa dilaporkan cedera selepas pesawat yang membawa 126 penumpang dan 11 anak kapal itu mendarat sekitar pukul 5.30 petang (waktu tempatan).
Gear pendaratan pada pesawat Red Air yang berlepas dari Republik Dominika itu runtuh di landasan, kata pegawai Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.
Ia menyebabkan pesawat itu terbakar dengan kru dilihat mengelilinginya ketika asap hitam tebal berkepul-kepul naik ke udara.
Tiga mangsa telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan akibat cedera ringan, demikian menurut pegawai lapangan terbang.
Stesen televisyen WSVN melaporkan bahawa sebuah menara komunikasi telah dilanggar oleh pesawat tersebut termasuk sebuah bangunan kecil yang terletak di kawasan itu.
Pasukan bomba yang berada di tempat kejadian bertindak menyiram buih untuk membantu memadamkan api.
Nahas dilaporkan berlaku pada pukul 5.38 petang (waktu tempatan) dan anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian seminit kemudian, lapor stesen televisyen WPLG.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan kini akan menyiasat punca yang membawa kepada kejadian kebakaran itu.
A plane arriving from Santo Domingo to Miami International Airport caught fire after it made an emergency landing.
During landing, the plane’s landing gear collapsed. There were 126 passengers on board and three of the injured were already taken to the hospital. pic.twitter.com/r54PEFiOWJ
— Captain Singh, FICArb, 73K (@captsingh) June 22, 2022
Baca Lagi:
Kematian yang dicemburui, jemaah surau menangis bila ‘Husain Gila’ meninggal
Logikkah menara Firaun dibina setinggi 15km? Ini 7 hujah dikongsi Saintis Muslim
Kakitangan perubatan secara tidak sengaja ‘terpenggal’ kepala bayi, ditinggal di dalam rahim