Tular Exco Melaka terlibat skandal seks

Tular Exco Melaka terlibat skandal seks

Tular Exco Melaka terlibat skandal seks. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan dakwaan kononnya seorang exco negeri itu terlibat dengan skandal seks sebagai suatu fitnah.

Tidak mahu menafikan atau mengiyakan perkara berkenaan, Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menegaskan, beliau enggan ambil pusing mahupun melatah dengan dakwaan yang dilihat sebagai ‘permainan’ oleh musuh politik.

Tular Exco Melaka terlibat skandal seks

“Saya nak beritahu bahawa orang zaman dunia siber ni boleh buat macam-macam. Saya tak nak menafikan benda tu betul atau tidak.

Saya menganggap benda ni sebagai satu fitnah yang harus kita lihat dalam dunia serba moden ni.

“Fitnah ni pelbagai bentuk… saya yakin sebab pengalaman ni ramai orang dapat, rasa sama saja. Saya pun tahu, saya pun lihat bahawa ini adalah permainan musuh politik dalam suasana politik yang dah stabil ini. Mereka cemburu dengan suasana (kestabilan),” ulas beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan seorang aktivis di Facebook yang tular berhubung kononnya seorang exco negeri itu terlibat dalam rasuah seks.

Ab Rauf berkata, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan exco yang dikaitkan dengan isu berkenaan untuk membuat laporan polis atau sebaliknya.

Tambah beliau, fokusnya ketika ini adalah untuk membina dan membawa Melaka ke arah yang lebih baik bersama barisan exco yang dilantik.

Baca Lagi:
Jumpa hantu malam raya, guard mengigil ketakutan akhirnya pengsan
Suami akan dilaknat jika lakukan 7 perkara ini terhadap isteri
Macam dalam tv, pencuri pecahkan dinding tandas kedai curi 436 buah IPhone bernilai RM2.2 juta
CATEGORIES