Jika ada pasangan ajak kahwin di Thailand, tolong tinggalkan dia – Peguam Syarie

Jika ada pasangan ajak kahwin di Thailand, tolong tinggalkan dia - Peguam Syarie

Jika ada pasangan ajak kahwin di Thailand, tolong tinggalkan dia – Peguam Syarie. Ramai pasangan dilihat berani bertindak melakukan pernikahan di Thailand disebabkan beberapa faktor yang menghalang termasuk tidak mendapat keizinan keluarga mahupun isteri pertama.

Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkongsi beberapa senario menggambarkan masalah yang mungkin akan dihadapi oleh ‘pasangan nikah Siam’ ini.

Beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini meluahkan rasa bimbang apabila akan ada lebih ramai lagi masyarakat yang merasakan tindakan berkahwin di negara seberang itu adalah suatu perkara biasa.

Jika ada pasangan ajak kahwin di Thailand, tolong tinggalkan dia - Peguam Syarie

“‘This is normal’ (ini perkara biasa) bila berkahwin poligami di Siam. Saya tak mahu ulas panjang tentang pernikahan pasangan mempelai penuh ‘drama’ ini.

“Cukuplah saya nak pesan kepada semua pengikut wanita yang dikasihi, kalau seorang lelaki ajak nak kahwin dengan seorang wanita di Siam dan tanpa pengetahuan sesiapa, tinggalkanlah lelaki tersebut.

“Pertama, kalau dia boleh langgar undang-undang yang ditetapkan oleh Malaysia untuk berpoligami, maka besar kemungkinan banyak restu yang dia tak dapat atau mungkin dia tak layak berpoligami,” katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya berlaku perceraian di kemudian hari, ia akan menjadi satu masalah kepada si isteri untuk menuntut hak kepada anak mahupun mendapatkan pengesahan perceraian disebabkan status ‘isteri’ itu tergantung.

“Kedua, kalau suatu hari nanti, katakanlah jodoh pendek, dia ceraikan anda, pasti yang akan susah naik turun Mahkamah untuk buat pengesahan tu adalah si isteri.

“Ketiga, jika anda melahirkan anak, ketahuilah anak-anak tersebut tidak boleh dibin atau bintikan kepada suami tersebut selagi tidak disahkan di Mahkamah Syariah.

“Keempat, kalau dia meninggal sebelum sempat buat pengesahan di Mahkamah, dokumen-dokumen pernikahan pulak hilang, apa pun bahagian faraid atau harta sepencarian anda tak layak tuntut,” jelasnya.

Menurut Fahmi, walaupun restu atau izin isteri pertama itu tidak diperlukan bagi seseorang lelaki berpoligami, tetapi perkahwinan tersebut mungkin sukar memperoleh kebahagiaan.

Follow Twitter: https://twitter.com/GHBMEDIA_TV

Follow FB: https://www.facebook.com/ghbmediatv

Baca Lagi:
Jam tangan Anwar jadi perhatian, ini harganya buat ramai terkejut…
Langkah London?, ini respon padu PM Anwar
Ibu Syamsul Yusof mula bersuara pasal cucu…Ramai netizen sebak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *