Ibu bawa 4 anak berhimpit naik motosikal undang simpati orang ramai

Ibu bawa 4 anak berhimpit naik motosikal undang simpati orang ramai

Ibu bawa 4 anak berhimpit naik motosikal undang simpati orang ramai. Tindakan seorang ibu menunggang motosikal di atas jalan raya bersama empat orang anak kecil disifatkan tindakan yang berbahaya mengundang simpati orang ramai.

Menerusi hantaran video di media sosial oleh Abudi Alsagoff memaparkan seorang ibu bersama empat orang anak dan tiga daripada mereka tidak memakai topi keledar terpaksa bersesak di atas sebuah motosikal jenis Honda.

“Ya Allah, risaunya melihat keluarga ini. Semoga mereka selamat dan semoga murah rezeki mendapat sebuah kereta Axia dan seumpamanya,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Ibu bawa 4 anak berhimpit naik motosikal undang simpati orang ramai

Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan keselamatan keluarga tersebut dan ada juga yang mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki.

“Semoga dipermudahkan urusan makcik,” ciap seorang pengguna, @nabilahazmie.

“Jika sesiapa mengetahui alamat dan cara untuk menghubungi mereka, tolong hubungi saya,” tulis seorang pengguna,@wotahmeelun.

“Selalu teringin hendak menolong orang tepi jalan tapi sehingga kini asyik terjumpa lelaki saja, saya bersikap sedikit paranoid sebab terlalu banyak menonton filem jenayah,” ciap @sha_zatul pula.

Hantaran video tersebut seterusnya telah meraih sebanyak 18,400 jumlah tontonan setakat ini.

Follow Twitter: https://twitter.com/GHBMEDIA_TV

Follow FB: https://www.facebook.com/SelayangPandangMedia

Baca Lagi:
Rombakan kabinet, Bung Moktar bakal digugurkan
Viral wanita syak bekas suami hantar daging babi dekat anak, – Bila digoreng warna bertukar jadi putih
Pengarah TNB letak jawatan serta-merta
CATEGORIES