Langkah London?, ini respon padu PM Anwar

Langkah London?, ini respon padu PM Anwar

Langkah London?, ini respon padu PM Anwar. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis menyifatkan ‘Langkah London’ sebagai lebih mahal berbanding ‘Langkah Kajang’.

Anwar memberi reaksi tersebut selepas ditanya berhubung dakwaan ‘Langkah London’ yang mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh beliau ketika ini.

“Langkah London itu jauh sangat. Murah lagi buat Langkah Kajang,” katanya kepada pemberita di Masjid Bukit Aman pada Jumaat.

Langkah London?, ini respon padu PM Anwar

Langkah Kajang merujuk kepada krisis politik Selangor pada 2013, membabitkan Menteri Besar ketika itu, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Gerakan tersebut membawa kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 2014 dan pemilihan PKR pada tahun sama.

Sebelum ini, media melaporkan terdapat satu pertemuan rahsia telah diadakan di London, kononnya sedang mengatur gerakan bagi membuat penjajaran semula politik negara.

Begitu pun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan dikaitkan dengan gerakan cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan membabitkan beberapa pemimpin politik, termasuk daripada UMNO dan pemimpin parti pembangkang.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa menjadi mangsa serangan fitnah oleh pihak yang “tidak mengenal dosa” apabila dikaitkan dengan khabar mengenai ‘Langkah London’.

Tegas Ahli Parlimen Bera itu lagi, beliau tidak ke London sebaliknya bercuti bersama keluarga di Timur Tengah.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menegaskan bahawa dakwaan itu adalah khabar angin dan beliau tidak akan membuat keputusan berdasarkan kepada khabar angin.

Sebelum ini, politik Malaysia turut berdepan Langkah Sheraton yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Baca Lagi:
Pengarah TNB letak jawatan serta-merta
Suami marah isteri bagi duit kepada ibu bapa terlalu banyak
Sanggup tukar jantina jadi wanita demi dapat hak penjagaan anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *