Isteri tuduh suami ‘lemah’ ketika bersama, suami tunjuk bukti ‘kejantanan’ cabul anak tiri

Photo of author

By Joe

Isteri tuduh suami ‘lemah’ ketika bersama, suami tunjuk bukti ‘kejantanan’ cabul anak tiri. Sakit hati dituduh tidak perkasa ketika berhubungan intim oleh isteri, seorang lelaki di Indonesia tergamak menyetubuhi anak tirinya.

Tertuduh yang berusia 39 tahun itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak tirinya, 15, hanya kerana mahu membuktikan bahawa tanggapan isterinya itu tidak benar. Menurut sumber, perbuatan itu dilakukan tertuduh sejak mangsa berusia 11 tahun dan kali terakhir adalah pada 23 Disember 2023.

Perbuatan itu hanya terbongkar selepas mangsa yang sudah tidak tahan diperlakukan sedemikian bertindak menceritakan kepada ibunya. Susulan daripada itu, isteri tertuduh tampil membuat laporan polis dan tertuduh mengaku sakit hati kerana si isteri mengaku sudah tidak tertarik dengannya malah enggan melakukan hubungan badan bersama.

Isteri tuduh suami 'lemah' ketika bersama, suami tunjuk bukti 'kejantanan' cabul anak tiri

Pencabulan yang dilakukan terhadap anak tirinya membuktikan tertuduh masih perkasa, tidak seperti yang didakwa isterinya. DIfahamkan, sebelum ini tertuduh mengumpan mangsa dengan wang dan membeli telefon bimbit agar mangsa mengunci mulut tentang perbuatan terkutuknya.

Siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dan tertuduh berhadapan hukuman penjara 15 tahun.

Baca Lagi:
“Suami cadang nak bawa mak dan adik OKU duduk sekali, aku cakap boleh tapi bersyarat.. Sejak haritu suami hilang kerja gaji RM11k”
Penjaga gol Kebangsaan yang popular kini jadi buta & jual kerepek, bekas isteri dedah perkara sebenar sebab bercerai
Lelaki ini dulunya petani, sekarang jadi jutawan selepas jumpa sesuatu berharga jutaan ringgit di tengah ladang