“Suami cadang nak bawa mak dan adik OKU duduk sekali, aku cakap boleh tapi bersyarat.. Sejak haritu suami hilang kerja gaji RM11k”

Photo of author

By Joe

“Suami cadang nak bawa mak dan adik OKU duduk sekali, aku cakap boleh tapi bersyarat.. Sejak haritu suami hilang kerja gaji RM11k”. Assalamualaikum, Sebenarnya tak tahulah nak mulakan dari mana. Nak cerita pun serba salah. Moga Allah ampunkan dosa-dosa aku..

Nama aku Seri. Umur hampir 40. Sudah hampir 8 tahun mak mertua (kurang sihat kerana faktor usia) dan adik ipar aku (OKU) tinggal dengan aku. Aku ada anak yang berumur 12, 9 dan 5 tahun.

Ceritanya bermula 8 tahun lepas. Masa tu aku bekerja sebagai pegawai kerajaan dan suami aku berkerja di Syarikat Carigali terkenal. Kehidupan kami bahagia dengan gaji kami suami isteri hampir 15K.

"Suami cadang nak bawa mak dan adik OKU duduk sekali, aku cakap boleh tapi bersyarat.. Sejak haritu suami hilang kerja gaji RM11k"

Masa tu gaji suami aku lebih kurang 11 ribu. Suami aku adik beradik semua lelaki. Dia no 3 dan no 4 adalah adik dia yang OKU.

Kisahnya bermula apabila mak mertua aku jatuh sakit jantung dan perlu melakukan pembedahan by pass.

Jadinya, suami aku terus bercadang untuk membawa mak mertua dan adik ipar OKU aku tinggal bersama aku di KL.

Dari mula cadangan itu di keluarkan, aku dah cakap awal-awal. Boleh tapi dengan syarat bergilir-gilir dengan abang-abang yang lain. Suami aku diam sahaja ketika itu.
Baiklah, dipendekkan cerita, sebelum dan selepas pembedahan, segala nya diuruskan oleh suami aku sorang. Aku ulang. SEGALA-SEGALANYA. Mak mertua aku jatuh sakit teruk dan perlukan penjagaan rapi.

Adik ipar aku perlu penjagaan rapi (brain damage sbb demam panas ketika berusia 2 tahun) dan selalu kena sawan. Sekarang dia sebaya dengan aku, hampir 40 tahun.

Dipendekkan lagi cerita, akibat dari terpaksa handle dua orang yang sakit dan memerlukan penjagaan rapi.

Akhirnya suami aku hilang focus kerja dan selalu ambik EL. Akhirnya dia diberhentikan kerja. Bila dia diberhentikan, azab dan stress aku pun bermula.

Duit simpanan kami yang hampir RM100 ribu hampir habis sebab suami tiada kerja tetap dah hampir 3 tahun.

Semakin menyusut untuk belanja ubat-ubatan dan peralatan kesihatan. Dengan belanja keluarga sendiri dan anak-anak seramai 3 orang yang semakin membesar.

Aku selalu rasa nak nangis sebab aku sedih abang-abang suami tak bantu kami pun untuk kami menjaga mak dan adik mereka.

Mereka tak tahu ape perasaan aku. Aku penat. Penat kerja.. Balik kena masak.. Rumah tak kemas.

Kadang-kadang busuk sebab pampers bocor. Duit gaji aku habis macam tu jek. Dulu gaji aku tak berusik dan aku leh simpan dalam tabung haji.

Dan sekarang, suami aku hanyalah grab driver yang bertungkus-lumus mencari rezeki untuk keluarga kami yang besar.

Sampai tak balik rumah semata-mata nak tampung perbelanjaan harian. Dan aku bagai orang gaji di rumah sendiri, semua benda aku bereskan.

Dan abang-abang ipar aku hanya datang suka-suka untuk jenguk mak dan adik diaorang. Tak pernah hulur ape-ape.

Aku pernah bagi cadangan untuk hantar mak mertua dan adik ipar aku ke rumah abang-abang suami aku.

Namun suami aku bagi alasan, isteri masing-masing tak bagi padahal ada isteri mereka yang tidak berkerja.

Lama-kelamaan aku jadi stress dan negatif person. Aku cemburu tengok rumah diaorang sentiasa bersih dan wangi,

dapat bercuti dengan selesa. Dapat menjalankan aktiviti macam biasa tanpa perlu memikirkan orang lain..

Aku? Terkurung dalam rumah sendiri.. Dah jarang bercuti sebab suami aku nak jimat duit dan risau tiada orang nak jaga mak dan adik dia.

Rumah aku jadi busuk dan tidak terjaga (aku kerja dan aku kadang-kadang tak sempat nak kemas rumah tiap- hari).

Aku jadi orang yang tidak ikhlas, aku kena masak dengan portion yang besar, aku kena layan karenah mak mertua yang dah tua,

aku kena dengar jeritan adik ipar yang aku yang kadang-kadang suka terjerit-jerit. Aku kena pakai serkup kepala kalau family abang ipar aku datang (datang pun tak cakap.. pakai datang je).

Kalau time raya, aku jadi sangat letih sebab ramai sangat saudara mara family mertua datang ke rumah aku untuk jenguk mak mertua aku.

Aku yang kena handle sorang-sorang.Aku mula suka marah-marah anak aku sebab aku penat dan suami aku selalu takde rumah sebab grab.

Tu belum lagi aku bab abang ipar aku minta tolong aku beli kereta pakai nama aku sebab aku pekerja kerajaan.

Aku dengan berat hati tolong sebab tak nak tengok suami aku bermasam muka dengan adik beradik dia.

Dan akibatnya, pernah ada saman atas nama aku. Suami aku yang bayarkan sebab tak nak tengok aku stress.

Kalau abang ipar aku lambat bayar installment, makanya suami aku yang bayarkan dulu sebab tak nak aku bising bila dapat notifcation dari bank.

Aku bukan aku yang dulu. Dulu sentiasa bersyukur, positif, ceria dan sentiasa baca Quran. Aku sekarang jadi seorang yang cemburu dengan kebahagiaan orang lain,

berlakon untuk menampakkan hidup aku ceria, sentiasa letih dan malas untuk melakukan ibadat sunat, apa yang aku buat, aku rasa tak ikhlas sebab dalam hati sentiasa merungut.

Nasihat aku, kalau kat luar tu ada ibu bapa yang tua atau sakit, jagalah bergilir-gilir antara adik beradik, janganlah bagi pelbagai alasan untuk tidak menjaga ibu bapa kita. Janganlah jadi orang yang tidak bertanggungjawab.

Untuk para-para isteri, bukakanlah hati dan terimalah mak mertua anda tinggal di rumah anda. Ingatlah satu hari nanti kita semua akan tua, dan semuanya akan berbalik kepada kita.

Buat semua pembaca, satu jek aku nak minta. Minta doakan aku jadi orang yang ikhlas, makin lama, ikhlas tu makin jauh..

Moga Allah bersihkan hati aku, terima amal ibadat aku. Moga anak-anak aku akan jaga aku macam mana aku jaga mak mertua dan adik ipar aku.

Mohon juga Allah luaskan rezeki kami sekeluarga. Jangan suruh aku bersabar sebab aku dah lama sangat bersabar dan sabar itu pun semakin hilang.

Baca Lagi:
Setahun sekali, ini senarai 7 lokasi tempat iftar yang menarik sepanjang bulan Ramadan
Wanita mengadu harga barang naik, siap kongsi resit beli barang sekolah anak, sekali kena ‘basuh’ dengan netizen sebab tak tutup jenama barang
“Ayah selalu hasut suami aku untuk poligami, ikut jejak dia kahwin 4, tak sangka suami ikut cakap ayah kahwin lain saat aku mengandung anak sulung”