Lelaki menangis peluk kereta kesayangan kerana enggan berpisah

Photo of author

By Joe

Lelaki menangis peluk kereta kesayangan kerana enggan berpisah. Seorang lelaki Singapura menitiskan air mata sambil memeluk keretanya kerana enggan berpisah selepas usia kenderaan tersebut mencecah 10 tahun, lapor portal berita AsiaOne semalam.

Isteri lelaki berkenaan, yang dikenali sebagai Ntshtan di platform TikTok, memuat naik rakaman video kelakuan suaminya itu pada 10 Oktober lalu.

“Suami saya terpaksa ‘melepaskan’ keretanya hari ini.

Lelaki menangis peluk kereta kesayangan kerana enggan berpisah

“Hancur hati saya melihat dia menangis, tetapi itulah realiti memiliki kereta di Singapura,” kata Ntshtan.

Dia merujuk kepada peningkatan harga untuk memperbaharui Sijil Kelayakan (COE) bagi membolehkan sesebuah kenderaan bergerak di atas jalan raya. Dia perlu membayar caj COE yang amat mahal jika ingin terus menyimpan kereta itu.

Ntshtan turut membelikan suaminya kek perpisahan empat minggu sebelum perpisahan itu berlaku.

“Ini adalah kejutan paling manis, lucu, paling bernas dan tidak dijangka yang pernah saya peroleh, dan ia membuatkan saya menangis,” tulis suaminya, Izzraimy, dalam catatannya.

Rakyat Singapura sudah biasa dengan keperluan untuk berpisah dengan kenderaan yang telah berusia kerana peningkatan harga COE yang memerlukan kenderaan dilupuskan.

“Apa? Awak tak boleh simpan kereta awak selama yang awak mahukan?” tanya seorang netizen di media sosial.

Harga COE untuk Kategori A, iaitu bagi kereta yang paling biasa, telah mencecah lebih SG$100,000 (RM329,627).

@ntshatan breaks my heart to see him cry… but that’s the reality of owning a car in Singapore. see you some time @sunshine ♬ stuff we did – LBFD

Baca Lagi:
Tasik buatan manusia terbesar di dunia kering
Penduduk gempar objek aneh berupa ‘tiang’ muncul di langit
Najis merpati kering berbahaya kepada manusia