PMX buat pemeriksaan mengejut di stesen minyak, diapit ‘bodyguard’ cilik

Photo of author

By Joe

PMX buat pemeriksaan mengejut di stesen minyak, diapit ‘bodyguard’ cilik. Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah stesen minyak di Presint 16, Putrajaya, selepas menunaikan solat Jumaat pada petang tadi.

Perdana Menteri, yang ditemani beberapa ‘pengawal peribadi cilik’ yang juga murid sekolah, meluangkan masa untuk turun padang melihat dan menilai sendiri kualiti kemudahan yang disediakan kepada pengunjung di premis berkenaan.

Berdasarkan hasil tinjauannya, Anwar menegaskan masih ada ruang untuk menambah baik mutu bukan saja mencakupi hal kemudahan tetapi juga perkhidmatan lain.

PMX buat pemeriksaan mengejut di stesen minyak, diapit 'bodyguard' cilik

Justeru, beliau berharap pengendali stesen minyak dapat terus meningkatkan mutu perkhidmatan ke tahap yang sewajarnya demi keselesaan pengguna.

“Usai solat Jumaat, saya membuat pemeriksaan mengejut di Petronas Presint 16, termasuk dari segi infrastruktur, kemudahan tandas, dan surau untuk orang awam.

“Diapit oleh ‘bodyguard’ (pengawal peribadi) cilik, saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan semua kemudahan yang disediakan untuk pengunjung.

“Saya percaya masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan yang dapat dimanfaatkan oleh semua syarikat penyedia stesen minyak berkaitan kemudahan yang disediakan, termasuk menyediakan sejadah yang dalam keadaan baik dan bersih.

“Saya yakin kesiapsiagaan ini dapat meningkatkan mutu serta perkhidmatan ke tahap yang lebih baik demi kebersihan dan keselesaan orang awam,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsi dalam hantaran itu, Perdana Menteri turut dilihat beramah mesra dengan orang ramai di stesen minyak berkenaan.

Baca Lagi:
“Mama, masjid ni tempat orang tua je ke?” Pertanyaan anak buat wanita ini hampir menangis
Lelaki menangis peluk kereta kesayangan kerana enggan berpisah
Misteri kenderaan parkir di perkuburan terungkai, rupanya curi 27 tengkorak buat tangkal sihir