Ini cara nak kenal duit ringgit Malaysia dari hasil rompakan mesin ATM

Ini cara nak kenal duit ringgit Malaysia dari hasil rompakan mesin ATM

Ini cara nak kenal duit ringgit Malaysia dari hasil rompakan mesin ATM. Mesti ada di antara kita yang pernah melihat wang kertas yang mempunyai kesan dakwat padanya. Jika terdapat individu yang ingin menukar atau memberikan wang seperti itu, kita jangan terima dan elakkan. Terutamanya bagi peniaga-peniaga di luar sana. Mana tidaknya, mereka yang bergelar peniaga lebih terdedah untuk menerima wang kertas sebegini

Rupanya, ada sebabnya mengapa wang kertas yang mempunyai dakwat ini harus dielakkan. Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter, di mana seorang penggunanya memuat naik sebuah perkongsian mengatakan wang kertas yang mempunyai kesan dakwat ialah wang kertas dari hasil rompakan.

Menurut perkongsian yang di muat naik oleh @chrissytwittwit, beliau menyarankan kepada orang ramai supaya tidak menerima wang kertas tersebut walaupun daripada mana-mana sumbernya kerana ianya merupakan wang kertas dari hasil rompakan dari mesin ATM.

Ini cara nak kenal duit ringgit Malaysia dari hasil rompakan mesin ATM

Dedahnya lagi, Majoriti mesin ATM di seluruh Malaysia telah dinaik taraf dengan sistem baru seperti ini, jika berlaku rompakan terhadap mesin ATM, secara automatik mesin itu akan menyemburkan dakwat ink kesemua duit wang tunai yang ada dalam mesin tersebut.

Apabila mesin ATM tersebut menerima impak yang kuat, letupan atau sebagainya ia secara automatik akan mengeluarkan dakwat bagi merosakan wang kertas tersebut supaya perompak tidak boleh menggunakannya lagi.

Bank Simpanan Nasional (BSN) turut menyarankan supaya orang ramai lebih berhati-hati tidak menggunakan wang kertas yang mempunyai dakwat padanya Pihaknya juga meminta mana-mana individu yang menerima wang sedemikian, terus laporkannya pada pihak polis.

Diharapkan dengan informasi sebegini, orang ramai akan lebih peka dan elakkan daripada menerima wang kertas seperti yang dinayatakan.

Baca Lagi:
Hafidz Roshdi ceraikan isteri talak satu
55 senarai nama sekolah paling pelik & kelakar di Malaysia
5 minit letupkan 2 mesin ATM sebelum larikan wang tunai RM349,000
CATEGORIES