Ramai yang tak tahu kulit buah oren boleh buat snek, ini caranya

Photo of author

By Joe

Ramai yang tak tahu kulit buah oren boleh buat snek, ini caranya. Buah oren adalah antara buah yang senang diperolehi di Malaysia. Rasanya yang masam manis, buah oren sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat jus.

Namun begitu, ramai yang tak tahu kulit buah oren boleh dibuat snek dan sangat enak dimakan di masa lapang.

Daripada dibuang ke dalam tong sampah, apa kata anda cuba sendiri buat snek kulit oren ini. Caranya pun tidaklah sesukar mana.

Ramai yang tak tahu kulit buah oren boleh buat snek, ini caranya

Jadi kali ini, kami hendak berkongsi dengan anda semua bagaimana mahu membuat sendiri snek tersebut.

Resipi ini dipetik daripada perkongsian Honest & Truly, iaitu sebuah laman web yang sering berkongsi pelbagai resepi.

Empat bahan mudah sahaja

Menurut perkongsian itu, empat bahan tersebut adalah sudah semestinya buah oren, garam, air dan gula.
Anggaran buah oren yang digunakan adalah sebanyak lapan biji atau mengikut keperluan dan kehendak anda.

Selain bahan yang sedikit, snek ini juga mudah untuk disediakan.

Perkara yang pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan membersih dan mengupas kulit oren mengikut saiz snek yang anda mahukan.

Langkah seterusnya masukkan kulit oren tadi ke dalam periuk dan isi satu setengah cawan air serta garam.

Didihkan kulit oren tersebut selama dua minit supaya semua rasa pahit keluar.

Kemudian, keluarkan kulit buah tersebut dan bilas dengan teliti agar semua garam dapat disingkirkan.

Candied orange peels before and after.jpg

Ketepikan dahulu kulit oren itu untuk seketika.

Untuk langkah seterusnya, didihkan dua setengah cawan air dan dua setengah gula dalam periuk.

Kemudian, reneh kulit oren dalam campuran itu dengan api yang kecil selama setengah jam atau sehingga kulit kelihatan hampir jernih.

Selepas reneh selama 30 minit, toskan kulit dan letakkan di atas kertas minyak.

Tossing orange peels in sugar.jpg

Seterusnya, tabur gula di atas kulit oren itu tadi dan pastikan gula tersebar sekata. Jumlah gula pula boleh ditabur mengikut kesesuaian yang anda mahukan.

Tadaa, snek kulit oren sudah siap dan sedia untuk dimakan.

Anda juga boleh menonton video dibawah untuk lebih memahami cara pembuatan snek kulit oren. Namun prosesnya lebih rumit berbanding cara di atas.

Baca Lagi:
Kalau nak tahu, inilah alasan paling popular golongan VIP Malaysia guna untuk kahwin di Thailand
“Suami nak buat kejutan untuk isteri, terkejut balik rumah ada motor sepupu di rumah, rupanya..”
Lebih 3,000 pengunjung jadi saksi laut terbelah di Langkawi