Pondan ‘oversea’ mengamuk baling duit, dituduh curi barang di Bukit Bintang

Photo of author

By Joe

Pondan ‘oversea’ mengamuk baling duit, dituduh curi barang di Bukit Bintang. Satu video menjadi tular di media sosial baru-baru ini apabila beberapa lelaki transgender dilihat mengamuk dan dan menendang pintu utama sebuah butik fesyen pakaian di media sosial.

Amukan di Bukit Bintang

Dalam video tersebut, lelaki-lelaki berpakaian wanita itu dilihat cuba memasuki butik pakaian terkenal yang berloaksi di Bukit Bintang itu namun gagal.

Pondan 'oversea' mengamuk baling duit, dituduh curi barang di Bukit Bintang

Menurut sumber, mereka-mereka itu didakwa melakukan perbuatan mencuri namun ‘kantoi’ dengan pekerja yang bertugas.

Tidak cukup dengan menendang, salah seorang daripada mereka diliaht menaburkan beberapa kepingan wang di hadapan butik berkenaan.

“Saya ni pondan oversea tau!”

Namun apa yang mencuri perhatian adalah apabila ada di antara mereka yang menjerit “Saya…I ni pondan oversea tau. I pondan oversea!”

Video itu kemudiannya menuai pelbagai respon dalam kalangan warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang mendakwa individu-individu itu pada akhirnya terpaksa membayar harga barangan yang dicuri pada hari kejadian..

VIDEO

Baca Lagi:
“Kubur mama masih merah, papa dah ada kekasih baru, siap bergambar lagi posting di Facebook, aku mula pelik bila wanita tu tulis sesuatu”
Menteri Pertahanan mahu rekrut ‘hacker’ sebagai aset baharu pertahanan negara
Ramai yang tak tahu kulit buah oren boleh buat snek, ini caranya