Ingat 6 tips ini jika brek kereta tiba-tiba tak berfungsi

Photo of author

By Joe

Ingat 6 tips ini jika brek kereta tiba-tiba tak berfungsi. Jika brek kereta korang tiba-tiba rosak atau gagal untuk berfungsi ia boleh mengakibatkan kemalangan sewaktu memandu.

Cuba korang bayangkan apabila sedang memandu pada kelajuan yang agak tinggi, ditambah pula ketika sedang melalui jalan yang berbukit, sudah pasti sesiapa sahaja akan berasa cemas dan panik apabila brek buat hal.

Berikut adalah perkongsian mengenai beberapa tips yang perlu korang lakukan sebaik sahaja mendapati brek gagal berfungsi sewaktu sedang memandu.

Ingat 6 tips ini jika brek kereta tiba-tiba tak berfungsi

Guna handbrake

Jika korang dalam situasi berkenaan, jangan panik. Biarpun brek kaki tidak berfungsi, kenderaan korang masih mempunyai handbrake.

Turunkan gear satu demi satu dan tarik handbrake perlahan-lahan. Menarik dengan tergesa-gesa akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.

Pam brek kaki untuk menjana tekanan hidraulik

Tip yang kedua adalah korang boleh cuba tekan brek kaki berkali-kali seperti mengepam.

Sebenarnya, proses ini bertujuan untuk melihat sekiranya masih ada ‘saki-baki’ tekanan dalam sistem hidraulik.

Jika terasa seperti mempunyai tekanan, cuba tekan pedal brek sehingga maksimum mungkin dan kekalkannya sehingga kenderaan korang akhirnya berhenti.

Angkat kaki dari pedal minyak

Kekal tenang dan angkat kaki korang dari pedal minyak untuk mengelakkan korang menambahkan kelajuan kenderaan.

Jangan matikan enjin

Tindakan ini boleh menjadi punca kenderaan terbabas secara mengejut. Lebih bahaya, ia juga boleh menyebabkan stereng terkunci sekali gus membuatkan pemandu hilang kawalan secara tiba-tiba.

Kawal kenderaan

Apabila kelajuan kenderaan semakin perlahan, perlahan-lahan kawal stereng dan cari lokasi sesuai untuk memberhentikan kenderaan.

Sebaiknya, di bahu jalan atau kawasan yang tidak menghalang kenderaan lain.

Guna penghadang

Ini adalah pilihan terakhir sekiranya korang terdesak untuk memperlahankan kenderaan.

Kekal tenang dan lihat apa saja halangan yang mungkin boleh menghentikan kenderaan seperti penghadang, semak samun atau sebagainya.

Apabila kereta korang sudah dapat diberhentikan dengan selamat, keluarlah dari kenderaan, pasang lampu kecemasan dan telefon pihak berkaitan untuk mendapatkan bantuan.

Baca Lagi:
Pekerja mengaku puas hati bunuh bos dengan kejam sebab selalu dimaki
“Mak cakap bakal ayah tiri 9 anak orang kaya, kami setuju siap bawa pergi Thailand kahwin senyap-senyap, sekali isteri tua datang dedah perangai sebenar..”
Negara serba boleh, Jepun tanam padi dalam bangunan jadi perhatian ramai, ini cara mereka buat