Panas ! Rafizi dedah Isteri kedua Dr Latiff ‘jerung besar’ terlibat skandal LCS

Panas ! Rafizi dedah Isteri kedua Dr Latiff ‘jerung besar’ terlibat skandal LCS.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, isteri kedua kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad mempunyai kaitan dengan penyelewengan berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS).

Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, bekas Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkah, kertas siasatan dalaman LCS menunjukkan Zainab Mohd Salleh terlibat dalam dua syarikat pesisir luar pantai – Alizes Marine Limited dan Alizes Marine Labuan.

Dakwanya lagi, berdasarkan siasatan dalaman terhadap kedua-dua syarikat berkenaan termasuk dengan pendedahan Paradise Papers, terdapat beberapa bentuk penyelewengan berlaku.

“Pertama, syarikat-syarikat sebegini dilantik menjadi jururunding teknikal (sedangkan mereka tiada kepakaran) kepada projek. Mereka menghantar invois bagi kerja-kerja yang tidak dilaksanakan. Sebanyak RM23.37 juta diselewengkan menggunakan kaedah ini di awal pelaksanaan projek sekitar 2011 hingga 2014.

“Kedua, Alizes Marine juga dilantik sebagai pembekal alat-alat gantian (“spare parts”) kepada projek LCS. Lantikan itu berdasarkan maklumat palsu kononnya ia mempunyai lesen dari kerajaan Perancis untuk menjadi pengeksport global alat gantian pertahanan (sedangkan ia tidak mempunyai lesen itu),” dakwa Rafizi.

Bahkan, Rafizi turut mendakwa, semakan dengan pangkalan data Paradise Papers mengesahkan kewujudan syarikat Alizes Marine Limited yang dimiliki oleh seorang wanita bernama Zainab Mohd Salleh.

Selain itu katanya, Zainab juga pemegang saham sebuah lagi syarikat pesisir luar pantai yang ditubuhkan di Malta bernama Intralogistics Limited, antara pemegang saham di dalam Alizes Marine Labuan.

Rafizi berkata, projek LCS telah membayar sekitar RM210 juta bagi alat-alat gantian yang kononnya dibekalkan oleh syarikat Perancis tetapi bayaran diselewengkan ke syarikat-syarikat palsu yang ditubuhkan di Malta dan Labuan.

Mengulas mengenai Zainab, Rafizi berkata, berdasarkan pendedahan Paradise Papers, wanita itu merupakan isteri kepada Dr Abdul Latiff, yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan (2008 – 2013) sewaktu penyelewengan LCS dikatakan berlalu.

“Semakan saya menunjukkan bahawa skim menyeleweng dana awam dari projek LCS ini dibuat selama bertahun-tahun dan dengan penuh perancangan.

“Saya juga boleh mengesahkan bahawa ada pelbagai bentuk kontrak pertahanan lain yang melibatkan (Dr) Latiff Ahmad dan LCS bukan satu-satunya projek yang melibatkan syarikat-syarikat berkait dengan beliau.

“Ada beberapa projek pertahanan negara yang lain yang turut melibatkan Alizes Marine dan beberapa syarikat lain yang dimiliki dan dikawal oleh dia sendiri (Latiff) atau isterinya,” katanya lagi.

Rafizi berkata, pendedahan terbaharu yang dibuat beliau bertujuan untuk menutup mulut UMNO dan Barisan Nasional yang cuba menyalahkan pesara-pesara tentera laut apabila skandal tersebut ‘meletup’.

“Skandal sebesar ini tidak boleh berlaku tanpa ada dalang dari kalangan pimpinan UMNO yang membuat keputusan-keputusan besar pada ketika itu, sedangkan pesara-pesara tentera laut hanya bersubahat melaksanakan penyelewengan.

“Saya juga berharap pimpinan Perikatan Nasional dari Bersatu dan Pas mula sedar bahawa skandal LCS ini akan turut mengheret mereka kerana pimpinan kanan mereka, Latiff Ahmad dan keluarganya terlibat secara langsung di dalam syarikat-syarikat palsu yang menyelewengkan dana projek LCS,” dakwa Rafizi lagi.

Baca Lagi:

Skandal LCS: Satu lagi dokumen rahsia bakal didedahkan kepada rakyat

Mesyuarat tergempar: Lebih 100 pimpinan UMNO tiba di Menara Dato’ Onn

Ramai pertikai macam mana SCAMMER tranfer duit tanpa TAC, lelaki ini dedah cara mudah selamatkan acc bank anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.