Skandal LCS: Satu lagi dokumen rahsia bakal didedahkan kepada rakyat

Skandal LCS: Satu lagi dokumen rahsia bakal didedahkan kepada rakyat

Skandal LCS: Satu lagi dokumen rahsia bakal didedahkan kepada rakyat.

Sebuah lagi dokumen rahsia mengenai penyelewengan kapal tempur pesisir (LCS) bakal didedahkan dalam masa terdekat, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau memaklumkan, dokumen laporan forensik audit mengenai kelewatan perolehan kapal berkenaan akan didedahkan selepas mendapat arahan daripada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenainya.

Skandal LCS: Satu lagi dokumen rahsia bakal didedahkan kepada rakyat

“Menurut Datuk Seri Hishammuddin, beliau telah mengarahkan pihak Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) menyahklasifikasikan satu lagi dokumen rahsia untuk membolehkan satu lagi laporan dikongsikan kepada rakyat iaitu dokumen Laporan Forensik Audit Mengenai Kelewatan Kapal LCS.

“Laporan tersebut akan menjelaskan lagi aspek dan dalang penyelewengan dan korupsi yang berlaku,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, di sini, pada Jumaat.

Asyraf berkata, beliau mengetahui maklumat tersebut sejurus selesai mesyuarat Barisan Nasional (BN) di Johor Bahru pada Jumaat.

“Siapa agaknya yang menangguk di air yang keruh dan menjadi dalang kepada kelewatan ini? Kita tunggu pendedahan Laporan Forensik Audit ini,” ujarnya.

Sebelum ini, laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) menyahklasifikasikan laporan audit forensik mengenai projek pembinaan kapal tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merupakan antara komitmen dan jaminan kerajaan tentang siasatan telus, tanpa melindungi sesiapa pun.

Baca Lagi:

Pakar Nefrologi Dr Rafidah luah rasa kecewa selepas lesap RM13,000, tahap keselamatan bank CIMB sangat lemah

Penghuni pusat pemulihan maut – Ustaz, 3 warden ditahan polis

[VIDEO] Peniaga bundle mengamuk tengah live, netizen bida harga lebih murah, siap koyakkan baju mahal

CATEGORIES