Gempar! Malam ini dijangka pemimpin tertinggi Umno akan mengadakan pertemuan dengan PM di Seri Perdana

Gempar! Malam ini dijangka pemimpin tertinggi Umno akan mengadakan pertemuan dengan PM di Seri Perdana

Gempar! Malam ini dijangka pemimpin tertinggi Umno akan mengadakan pertemuan dengan PM di Seri Perdana.

Pemimpin tertinggi Umno dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob di Seri Perdana, Putrajaya malam ini.

Menurut sumber dalaman Umno, pertemuan itu dibuat selepas perdana menteri yang juga ketua Umno Bera tidak hadir pada pertemuan tergempar di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.

“Malam ini dijangka pemimpin tertinggi Umno termasuk lima tertinggi akan mengadakan pertemuan dengan perdana menteri di kediaman rasmi.

“Ia susulan ketiadaan perdana menteri dalam pertemuan tergempar ketua Umno bahagian bersama pucuk pimpinan parti hari ini.

Gempar! Malam ini dijangka pemimpin tertinggi Umno akan mengadakan pertemuan dengan PM di Seri Perdana

“Pada pertemuan yang berlangsung hari ini majoriti ketua Umno bahagian bersetuju supaya PRU ke-15 diadakan secepat mungkin,” katanya kepada Malaysiakini.

Malaysiakini difahamkan Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno tidak dapat hadir kerana tugas rasmi yang telah dijadualkan.

Panggilan pertemuan ketua Umno bahagian hari ini diadakan secara mengejut apabila notis mengenainya diberikan malam tadi.

Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos ketika ditemui berkata ketua Umno bahagian yang hadir hari ini sebulat suara bersetuju supaya PRU ke-15 diadakan segera.

Gempar! Malam ini dijangka pemimpin tertinggi Umno akan mengadakan pertemuan dengan PM di Seri Perdana

Sementara itu, sumber Pejabat Perdana Menteri (PMO) ketika dihubungi Malaysiakini memaklumkan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Umno masih tiada dalam jadual Ismail Sabri.

Sebaliknya malam ini, Ismail Sabri dijadual untuk menghadiri majlis makan malam di satu lokasi di luar Putrajaya.

Baca Lagi:

Mesyuarat tergempar: Lebih 100 pimpinan UMNO tiba di Menara Dato’ Onn

Anak biarkan ibu kelaparan dengan harapan meninggal dunia supaya boleh mewarisi harta, tapi anak pula meninggal dalam keadaan cukup tragis

‘Zainab’ bukan isteri saya, Abdul Latiff nafi isterinya terlibat dalam skandal LCS

CATEGORIES