Kerana terlalu sayangkan anak, sanggup beri wang untuk anak beli dadah

Kerana terlalu sayangkan anak, sanggup beri wang untuk anak beli dadah

Kerana terlalu sayangkan anak, sanggup beri wang untuk anak beli dadah.

Seorang ibu sanggup menemani anaknya yang juga penagih dadah di rumah penuh barangan lusuh dan sampah sejak 10 tahun lalu.

Difahamkan wanita berusia lingkungan 70 tahun itu sanggup hidup sedemikian kerana terlalu sayangkan anaknya yang berusia 42 tahun.

Anaknya itu menagih dadah di dalam rumah dengan beralas tilam nipis dikelilingi sampah dan barangan lusuh.

Kerana terlalu sayangkan anak, sanggup beri wang untuk anak beli dadah

Sumber berkata, warga emas itu bergantung hidup dengan bantuan anak-anak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, lelaki itu yang tidak bekerja menjadikan kediaman terbabit tempat dia menagih heroin dan mengutip barangan lusuh dan sampah sehingga memenuhi ruang rumah untuk dijual bagi membeli dadah.

Katanya, ibunya turut dikatakan memberi wang kepada lelaki itu untuk membeli dadah.

“Perkara itu terbongkar selepas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak membuat pengesanan ke atas orang disyaki di sekitar Selayang dan Rawang 10 Ogos lalu.

“Lelaki terbabit yang tinggal di Selayang Baru antara enam penagih dadah yang ditahan AADK ketika membuat pengesanan terbabit,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Sumber berkata, ujian saringan air kencing mendapati mereka menggunakan dadah jenis syabu, heroin dan ganja.

“Kesemua sampel dihantar ke unit Patalogi Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pengesahan pakar perubatan.

“Mereka yang ditahan itu dalam tahanan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998),” katanya.

Baca Lagi:

Teruja ‘Unboxing’ hadiah kahwin, sekali ini yang pengantin dapat..

Kanak-kanak maut terkena sengatan ‘obor-obor’ di Pulau Pangkor

Tindakan pantas bapa berjaya selamatkan anaknya yang jatuh kedalam tasik

 

CATEGORIES