Kanak-kanak maut terkena sengatan ‘obor-obor’ di Pulau Pangkor

Kanak-kanak maut terkena sengatan 'obor-obor' di Pulau Pangkor

Kanak-kanak maut terkena sengatan ‘obor-obor’ di Pulau Pangkor.

Seorang kanak-kanak lelaki warga Perancis berusia lima tahun meninggal dunia akibat terkena sengatan obor-obor semasa mandi di pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang, mangsa menjerit kesakitan semasa mandi bersama-sama keluarganya di pantai berkenaan.

“Orang awam yang berhampiran dengan mangsa telah datang dan membawa mangsa ke tepi pantai dan mendapati mangsa telah terkena sengatan obor-obor.

“Semasa mangsa dibawa naik ke darat, mangsa mula tidak sedarkan diri dan keluarganya telah membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Pangkor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kanak-kanak maut terkena sengatan 'obor-obor' di Pulau Pangkor
Gambar hiasan

Nor Omar berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada petugas klinik kesihatan tersebut pada 7.30 malam memaklumkan mangsa telah disahkan meninggal dunia.

Katanya, pemeriksaan ke atas mangsa menemukan kesan lilitan dipercayai sengatan obor-obor pada bahagian perut, tangan kiri dan kaki kiri mangsa.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Seri Manjung mendapati punca kematian adalah disebabkan jellyfish envenomation atau pembisaan obor-obor dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Pulau Pangkor terletak lebih kurang 90 kilometer dari sini.

Baca Lagi:

Tindakan pantas bapa berjaya selamatkan anaknya yang jatuh kedalam tasik

Jangan guna telefon bimbit ketika ribut petir, bahaya! Ini yang perlu anda tahu

Ini pemilik sebenar kapal layar ‘superyacht’ yang lalu sungai Perlis, lelaki berusia 73 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published.