Teruja ‘Unboxing’ hadiah kahwin, sekali ini yang pengantin dapat..

Teruja ‘Unboxing’ hadiah kahwin, sekali ini yang pengantin dapat..

Teruja ‘Unboxing’ hadiah kahwin, sekali ini yang pengantin dapat..

Bagi pasangan pengantin, sesi membuka hadiah dari tetamu mungkin antara saat yang dinanti-nantikan selepas kenduri selesai diadakan. Walaupun bukan nilai hadiah yang menjadi ukuran namun ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban pengantin untuk memulakan kehidupan baru bersama.

Baru-baru ini pula, seorang wanita berkongsikan pengalamannya menerima sebuah hadiah kahwin yang agak misteri dan tidak diketahui siapakah pemberinya. Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan wanita itu dan ahli keluarga yang lain sedang membuka hadiah kahwin beramai-ramai.

Menurutnya, dia kemudian menemui sebuah kotak misteri di mana ianya kelihatan agak lama dan berhabuk. Malah keluarga wanita itu juga melarang pengantin memegang hadiah itu kerana bimbang ada kejadian tidak diingini akan berlaku.

@ninaaanana Tq sgt kpd pemberi sy appreciate awk nk bgi hadiah tp sorry sngt2 sy terpaksa buang 😭🙏🏻 #fyp #misteri ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Sebaik sahaja hadiah itu dibuka, kelihatan sebuah bekas air yang nampak agak lama malah berhabuk dengan sarang labah-labah. Ianya juga berada dalam keadaan yang kotor dan busuk menyebabkan mereka terpaksa membuang bekas air itu pada akhirnya.

Lebih mencurigakan lagi, tiada nama pemberi yang ditulis pada kotak tersebut sekaligus membuatkan mereka berasa curiga untuk menyimpannya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berasa pelik melihat hadiah yang diterimanya itu. Ada juga yang mendakwa mungkin juga itu adalah hadiah kahwin ‘recycle’ yang diberikan oleh tetamunya.

“Hadiah kahwin dia 10 tahun lepas kot. Tak guna-guna, simpan dalam stor. Tu yang dia hadiah kat awak pulak.”

Teruja 'Unboxing' hadiah kahwin, sekali ini yang pengantin dapat..

“Mungkin takde duit nak beli baru. Sebagai kawan tetap bagi mana yang mampu…”

Teruja 'Unboxing' hadiah kahwin, sekali ini yang pengantin dapat..

“Saya punya hadiah pulak tuan yang bagi hadiah tu punya hadiah kahwin dia dulu, bila bukak siap ada kad ucapan tahniah nama dia and pasangan lagi.”

Teruja 'Unboxing' hadiah kahwin, sekali ini yang pengantin dapat..

“Ni mesti hadiah recycle ni…”

Teruja 'Unboxing' hadiah kahwin, sekali ini yang pengantin dapat..

Baca Lagi:

Tular video aksi merangkak di lantai sekolah, Akhirnya Kak Long buka mulut

Remaja 19 tahun dirogol bergilir-gilir setelah diumpan makan sate

Zizie Izette muat naik foto ‘berpakaian tapi telanjang’, netizen perasan sesuatu

CATEGORIES