Tergelincir keluar dari ‘Roller Coaster’, wanita maut jatuh pada ketinggian 8 meter

Tergelincir keluar dari ‘Roller Coaster’, wanita maut jatuh pada ketinggian 8 meter

Tergelincir keluar dari ‘Roller Coaster’, wanita maut jatuh pada ketinggian 8 meter.

Seorang wanita maut selepas tergelincir jatuh 26 kaki dari rollercoaster yang sedang bergerak di Jerman. Mangsa seorang wanita yang tidak dinamakan tersebut dikatakan terjatuh di taman tema Klotti Park di Klotten, pada hari Sabtu, lapor The Independent.

Apa yang kini menjadi tanda tanya buat pejabat pendakwa raya adalah bagaimana wanita berusia 57 tahun itu boleh tergelincir keluar dari rollercoaster tersebut. Salah seorang pihak berkuasa pula berkongsi maklumat bahawa mangsa tergelincir di tempat duduknya di salah satu selekoh sebelum terjatuh ke tanah yang tingginya kira-kira 8 meter (26 kaki).

Tergelincir keluar dari 'Roller Coaster', wanita maut jatuh pada ketinggian 8 meter

Pegawai kecemasan cuba menyelamatkan mangsa, namun wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan kini tertumpu kepada punca kematian dan bedah siasat yang akan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Pakar kejuruteraan dipertanggungjawabkan untuk memeriksa secara terperinci rollercoaster tersebut serta mencari apakah punca kepada kejadian ini. Selain pakar, beberapa saksi juga akan ditemu bual bagi mendapatkan maklumat tambahan.

Taman itu ditutup berikutan kejadian itu dan tidak ada tanda-tanda bahawa ia akan dibuka semula. Dalam permohonan maaf, pihak Klotti Park turut menyampaikan mesej simpati kepada keluarga mangsa.

Baca Lagi:

[Video] Aksi Emma Maembong menari dengan Shah Jaszle, netizen perasan sesuatu yang tak kena

Datuk Seri penganjur parti liar ditahan di banglo Janda Baik

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

CATEGORIES