Datuk Seri penganjur parti liar ditahan di banglo Janda Baik

Datuk Seri penganjur parti liar ditahan di banglo Janda Baik

Datuk Seri penganjur parti liar ditahan di banglo Janda Baik.

Seramai 25 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri dipercayai penganjur parti liar ditahan di sebuah banglo di Janda Baik, Bentong awal pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 17 warganegara tempatan dan 8 warganegara asing.

“Pada 11 Ogos 2022, jam lebih kurang 1.00 pagi, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah banglo yang disewa bertempat di kawasan Janda Baik, Bentong, Pahang.

“Dalam serbuan dan pemeriksaan tersebut, polis telah menjumpai dan merampas dadah dipercayai jenis ketamine seberat 2.18 gram dan pil ecstacy seberat 1.43 gram dengan anggaran jumlah rampasan bernilai RM800,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada 15 lelaki dan 10 wanita berusia dalam lingkungan 18 hingga 64 tahun.

Datuk Seri penganjur parti liar ditahan di banglo Janda Baik

Ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga 14 Ogos depan bagi membantu siasatan.

WhatsApp Image 2022 08 11 at 5.27.55 PM e1660213795961

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Manakala di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000.

“Saya memberi amaran keras bahawa tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah di Daerah Bentong dan akan mengambil tindakan tegas,” jelasnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang telah menyalurkan maklumat sehingga kegiatan itu berjaya dihidu pihak berkuasa.

Baca Lagi:

Berkuat Kuasa 1 September Waktu Bekerja Mingguan Dari 48 Jam Kepada 45 Jam

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

Wanita bengang dengan (AJK) surau tidak ‘makan’ teguran, ceramah, zikir guna pembesar suara

CATEGORIES