[Video] Aksi Emma Maembong menari dengan Shah Jaszle, netizen perasan sesuatu yang tak kena

[Video] Aksi Emma Maembong menari dengan Shah Jaszle, netizen perasan sesuatu yang tak kena

[Video] Aksi Emma Maembong menari dengan Shah Jaszle, netizen perasan sesuatu yang tak kena.

Baru-baru ini, nama pelakon Emma Maembong dan Shah Jaszle menjadi bualan ramai gara-gara aksi mesra mereka di dalam sebuah drama. Video di belakang tabir yang dikongsikan oleh pelakon lelaki itu juga turut menerima kecaman dari netizen yang menganggap ianya agak keterlaluan di mata penonton.

Difahamkan, kedua-dua pelakon ini digandingkan bersama sebagai teraju utama di dalam drama berjudul Mati Pucuk. Menerusi video yang dikongsikan ini, Emma Maembong dan Shah Jaszle dilihat mengenakan pakaian pengantin dan menari sambil berpelvkan mesra untuk menjayakan watak tersebut.

Aksi mesra mereka ini turut menerima kritikan netizen terutamanya kerana status kedua-dua pelakon itu yang sudah pun berkahwin. Bukan itu sahaja, Shah Jaszle turut berkongsikan sebuah lagi video di belakang tabir yang menunjukkan babak Emma Maembong seperti menepuk punggung pelakon lelaki itu dari belakang.

@shahzjaszle #weddingtiktok2022 ♬ original sound – Shahzjaszle

Susulan daripada video yang tular itu, kebanyakan netizen turut meluahkan rasa kurang senang melihat drama Melayu yang kini semakin menampilkan babak mesra tanpa batasan. Walaupun ia hanyalah satu lakonan semata-mata, penonton berharap para pelakon dapat menjaga sensitiviti agama dan tidak melakonkan aksi mesra seperti itu.

@shahzjaszle #BTS #fyp #shooting with @emma_maembongofficial video by @miezailani ♬ original sound – Shahzjaszle

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video ini turut menimbulkan rasa tidak puas hati netizen yang menonton. Malah ada yang mengecam tindakan kedua-dua pelakon itu yang tidak menjaga batas mereka sebagai suami dan isteri kepada pasangan masing-masing.

“Kenapa cerita risik pada hati elok je takda sentuh sentuh, baik laki orang baik bini orang. Ini lain macam.”

[Video] Aksi Emma Maembong menari dengan Shah Jaszle, netizen perasan sesuatu yang tak kena

“Laki orang and bini orang.”

[Video] Aksi Emma Maembong menari dengan Shah Jaszle, netizen perasan sesuatu yang tak kena

“Kalau laki aku buat macam ni and aku buat macam ni. Baik tak yah kahwin…”

[Video] Aksi Emma Maembong menari dengan Shah Jaszle, netizen perasan sesuatu yang tak kena

“Weh laki and bini diorang tak jealous ke. Kalau aku ni dah mengamuk meroyan dah.”

[Video] Aksi Emma Maembong menari dengan Shah Jaszle, netizen perasan sesuatu yang tak kena

Baca Lagi:

Datuk Seri penganjur parti liar ditahan di banglo Janda Baik

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

Dasyat zaman sekarang, suami Emma Maembong tak marah ke? Siap peluk-peluk pulak tu – Netizen

CATEGORIES