Dua beranak lemas kereta terbabas masuk parit

Dua beranak lemas kereta terbabas masuk parit

Dua beranak lemas kereta terbabas masuk parit.

Seorang wanita dan bayi lelakinya berusia setahun maut apabila kereta yang mereka naiki bersama-sama tiga ahli keluarga lain terbabas lalu terjunam ke dalam parit di Kilometer 141.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Yong Peng, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.19 pagi itu, mangsa yang maut ialah Nor Dalila Ilyia Abu, 36, dan Khalis Mohd. Khusairi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd. Yusoff berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan, sepasukan enam anggota bersama jentera LFRT dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Yong Peng dikejarkan ke lokasi kejadian.

Dua beranak lemas kereta terbabas masuk parit

Semasa anggota bomba tiba, tiga mangsa berjaya keluar menyelamatkan diri dari dalam kereta Perodua Myvi itu manakala dua lagi mangsa tidak sedarkan diri.

“Dua mangsa, iaitu Nor Dalila Ilyia Abu, 36, dan bayi lelakinya, Khalis Mohd. Khusairi berusia setahun dipercayai lemas selepas kenderaan dinaiki terbabas ke dalam parit yang dipenuhi air di tepi lebuh raya.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa dan kemudian memberikan bantuan pernafasan, namun, tiada tindak balas,” katanya dalam satu kenyataan.

Asyraf berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Ayer Hitam dan mayat dua beranak tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang terselamat ialah pemandu kereta, Mohd. Khusairi Mohd. Khaida, 39, Nur Ulmiyah Nuha, 9, dan Nur Nadiah Husna, 6.

Baca Lagi:

Wanita tersimbah sup panas, lori terbabas langgar gerai

15 rakyat Malaysia cedera di Muzdalifah, bas terbabas

Van terbabas ke laluan bertentangan, sepasang suami isteri dan anak perempuan maut dalam kemalangan

CATEGORIES