Selepas hina islam, muncul pula video sindir ustaz, ustazah di kelab komedi

Selepas hina islam, muncul pula video sindir ustaz, ustazah di kelab komedi

Selepas hina islam, muncul pula video sindir ustaz, ustazah di kelab komedi.

Belum reda kemarahan netizen berhubung wanita menghina Islam ketika membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club (CH), tular pula video seorang lelaki menyindir Islam di kelab komedi sama.

Menerusi video dimuatnaik di TikTok, pemilik akaun bernama Rizal Van Geyzel sedang membuat persembahan komedi berdiri (stand up) berkongsi pengalaman ketika bersekolah di sebuah sekolah kerajaan.

Menurutnya, ketika di sekolah ustazah dan ustaz memberitahu pelajar berbangsa Cina dan India akan ke ‘neraka’.

“Jika anda Muslim, anda akan ke belajar Pengajian Islam. Jika anda bukan Islam, anda akan ke neraka. Ya, itu yang ustaz ustazah beritahu pada saya,” katanya.

Kenyataan itu diiringi gelak ketawa daripada penonton yang hadir ke persembahan itu.

Berdasarkan keterangan di ruangan kaspyen, video tersebut diambil ketika dia membuat persembahan komedi berdiri di Crackhouse Comedy Club pada 2017.

@rizalvangeyzel It’s just jokes by the way. Filmed at Crackhouse in 2017 for Funny Insyallah which got banned in KL. Or did it… #fyp #fypkl #tiktokmalaysia #standupcomedymalaysia #comedyclubkl #malaysianstandupcomedy #localomedy #crackhousekl #rizalvangeyzel #halallujah ♬ original sound – Rizal van Geyzel

Perkongsian itu mendapat perhatian pendakwah bebas, Dr Rozaimi Ramle yang kesal dengan tindakan segelintir pelawak komedi berdiri menggunakan Islam sebagai ‘content’ jenaka.

“Kurang ajar. Itu sahaja perkataan yang layak untuk lawak bodoh seperti ini,” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang wanita membuka pakaian dan tudung di hadapan penonton selepas mendakwa dirinya sebagai seorang beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran.

Kejadian itu turut berlaku di Crackhouse Comedy Club, yang terletak di Taman Tun Dr Ismail.

Susulan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat siasatan lanjut terhadap lesen premis itu dan tindakan menggantung sementara pengoperasian premis berkenaan telah dilakukan serta merta.

Wanita berusia 28 tahun tersebut dilaporkan telah direman selama tiga hari bermula semalam hingga 12 Julai bagi membantu siasatan.

Baca Lagi:

Wanita tanggal baju dan tudung hina Islam kerap kongsi tips hubungan seks

Selepas ditangkap hina islam, penulis bertaubat tak mahu lagi tulis pasal islam

Tular video polis India belasah penduduk Islam dengan kayu besbol undang kemarahan netizen

CATEGORIES