Bayi 4 bulan tercampak atas highway, ibu mohon orang ramai cari BMW kelabu plat RS

Bayi 4 bulan tercampak atas highway, ibu mohon orang ramai cari BMW kelabu plat RS

Bayi 4 bulan tercampak atas highway, ibu mohon orang ramai cari BMW kelabu plat RS

Ibu kepada bayi berusia empat bulan yang parah selepas terlibat nahas di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) meminta bantuan orang ramai jika mempunyai rakaman kamera perakam video (dashcam) kejadian.

Menerusi hantaran Facebook Natasya Nadia, dia memohon warga maya membantu memburu pemilik BMW berwarna kelabu yang bertukar lorong secara mengejut sehingga mengakibatkan kemalangan.

Menurut wanita itu, nombor plat BMW itu bermula pangkal ‘RS’ namun nombor berikutnya tidak sempat dilihat.

Bayi 4 bulan tercampak atas highway, ibu mohon orang ramai cari BMW kelabu plat RS

“Kereta tersebut terus lari selepas menghimpit kami dan kereta kami berpusing beberapa kali sebelum melanggar penghadang jalan sebelah kiri,” katanya.

Lebih malang, anaknya Aqasha Alhaq, berusia 4 bulan tercampak ke laluan tengah jalan dalam kemalangan itu.

“Anak saya tercampak ke tengah jalan dan sedang bertarung kesakitan patah tulang peha, tulang pinggul dan pendarahan di otak.

“Mohon bantu saya mencari ‘footage’ dashcam kemalangan 7:30 malam 11 Julai 2022 di Lebuhraya Plus arah Selatan (Sungkai),” tulisnya.

Hantaran itu dikongsi lebih 2,000 pemilik akaun Facebook dan rata-rata netizen kesal dengan kejadian yang menimpa keluarga tersebut.

Warga maya juga meminta pengguna jalan raya seelok-eloknya memasang dash cam dan menggunakan kerusi bayi untuk keselamatan.

“Pengajaran kepada yang lain: silalah guna carseat untuk bayi. Kalau mampu beli dashcam, boleh juga beli safety seat. Benda dah jadi tak boleh ubah. Kita usaha untuk cegah,” kata Nur Afiqah.

“Anda yang berkemampuan sila pasang dashcam untuk bukti dan carseat untuk bayi. Banyak sudah kes melibatkan bayi tercampak keluar. Fikirkan keselamatan keluarga,” kata Tok Badz.

Baca Lagi:

Ibu bapa berang bayi 10 bulan di pusat jagaan ada 8 kesan gigitan

Suspek kes kelar isteri dan bayi disahkan negatif dadah – Polis

Kakitangan perubatan secara tidak sengaja ‘terpenggal’ kepala bayi, ditinggal di dalam rahim

CATEGORIES