Tak cakap banyak, lelaki tikam kawan sendiri syak ada hubungan sulit dengan isterinya

Tak cakap banyak, lelaki tikam kawan sendiri syak ada hubungan sulit dengan isterinya

Tak cakap banyak, lelaki tikam kawan sendiri syak ada hubungan sulit dengan isterinya.

Syak ada hubungan sulit dengan isterinya, seorang lelaki warga China dilaporkan nekad tikam rakan sendiri dalam satu kejadian yang berlaku di Cengkareng, Jakarta Barat.

Memetik laporan RCTI Plus, video CCTV yang memaparkan kejadian tersebut telah tular di media sosial sejak Jumaat lalu.

Mangsa yang juga merupakan seorang warganegara China dilihat sedang duduk bermain telefon di dalam sebuah bilik sebelum didatangi oleh suspek yang membawa pisau yang dibalut dalam plastik.

Tanpa teragak-agak, suspek telah mengeluarkan pisau terbabit dan terus menikam mangsa.

Kelihatan beberapa orang rakan mereka yang lain tiba di tempat kejadian dan menghalang suspek daripada bertindak dengan lebih ganas.

Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Barat, AKBP Joko Dwi Harsono berkata suspek telah ditahan dan siasatan sedang dijalankan.

Menurutnya, suspek yang berusia 36 tahun merupakan rakan sekerja mangsa. Dia dipercayai hilang pertimbangan selepas syak ada hubungan sulit di antara mangsa dan isterinya.

Menurut portal Pikiran Rakyat, suspek telah ditahan di rumahnya pada 19 Jun di kawasan Tanjung Duren, Jakarta Barat.

Sementara itu, mangsa dilaporkan telah menerima rawatan rapi di hospital dan kini semakin pulih.

@utusantvofficial

Kejadian di wilayah Cengkareng, Jakarta Barat. #beritaditiktok #fyp #TrendingNewsMalaysia

♬ Mysterious – Andreas Scherren

Baca Lagi:

Terkini : Bekas pembantu khas Menteri dipenjara dua tahun mulai hari ini

Memandu pakai selipar atau berkaki ayam akan disaman? Ini penjelasan JPJ ramai yang belum tahu

Peminta sedekah ketuk kepala pelanggan tengah makan sebab tak bagi duit

CATEGORIES