Penyanyi dan pelakon serba boleh, Adibah Noor meninggal dunia

Penyanyi dan pelakon serba boleh, Adibah Noor meninggal dunia

Penyanyi dan pelakon serba boleh, Adibah Noor meninggal dunia.

Penyanyi dan pelakon serba boleh, Adibah Noor meninggal dunia pada jam 7.45 malam Sabtu (18 Jun) di sebuah hospital swasta di ibu negara, setelah mengalami sesak nafas.

Khabar dukacita itu mula diketahui umum menerusi hantaran di akaun Instagram kenalan artis iaitu pelakon, Datin Emylia Rosnaida.

“Allahuakbar sedihnya, terkejut dapat berita ni. Sahabat kita yg versatile Adibah Noor @adibahnoormohdomar, baru sahaja meninggal dunia,” katanya dalam muat naik sekitar jam 8 malam.

Selebriti yang disenangi ramai dengan nama sebenar Adibah Noor Mohamed Omar itu berusia 51 tahun.

Pada minggu lalu, namanya kembali menjadi tajuk utama portal hiburan setelah tersebar gambar terbarunya yang kelihatan jelas mengalami pengurangan berat badan.

Namun, dalam temu bual bersama wartawan, Adibah hanya memberitahu perubahan ketara berkenaan adalah disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan memilih diet yang lebih sihat semenjak bulan Ramadan lalu.

Astro AWANI masih menunggu maklumat lanjut berhubung pemergian penyanyi yang sinonim dengan lagu Terlalu Istimewa itu.

Baca Lagi:

Tak payah jerit nama kuat-kuat, peguam kongsi cara cari anak hilang di tempat awam

Isteri boleh minta cerai jika suami mati pucuk

Gelagat abang ini bercerita dengan ikan sampai ternganga mulut ikan disembangnya

CATEGORIES