Wisma Negeri Melaka ‘lumpuh’, bangunan terbakar, banjir

Wisma Negeri Melaka ‘lumpuh’, bangunan terbakar, banjir

Wisma Negeri Melaka ‘lumpuh’, bangunan terbakar, banjir.

Bangunan Wisma Negeri Melaka terpaksa ditutup serta-merta sehingga Jumaat ini selepas terbakar dan banjir dalam kejadian malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, hasil siasatan awal kejadian itu dipercayai berpunca daripada kebakaran litar pintas.

Wisma Negeri Melaka ‘lumpuh’, bangunan terbakar, banjir

Jelasnya, susulan itu sistem semburan air automatik telah aktif di bangunan tingkat 1 tersebut yang menyebabkan Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT) digenangi air.

“Kejadian hanya disedari pada pukul 6.30 pagi tadi dan kita percaya ia disebabkan kebakaran litar pintas di dalam bangunan.

“Kebakaran tersebut merebak di bahagian langsir dan mengaktifkan sistem semburan air automatik,” katanya pada sidang akhbar selepas memeriksa bangunan Wisma Negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, semburan air automatik itu aktif selama 11 jam menyebabkan PDTMT terjejas teruk, malah beberapa siling bangunan jenis papan lembut di tingkat satu dan aras bawah turut runtuh.

“Beberapa siling telah runtuh dan lantai bangunan digenangi air banjir, jadi bangunan ini terpaksa ditutup sehingga hari Jumaat ini bagi kerja-kerja pembersihan dan penilaian kerosakan aset.

“Bagaimanapun semua dokumen penting terselamat kerana ia disimpan dalam bilik kebal bangunan berkenaan,” katanya.

Baca lagi: 

Zizie Izette isteri Bung Moktar mengaku terima wang RM2.8 juta

Kembar ke? Tular video gadis muka dan suara seiras Siti Nurhaliza

Gempar !! Langit di bandar raya China menjadi merah

CATEGORIES